Wednesday, April 28, 2010

:: why wont you take the chance?::

"if life is so short
why won't you let me love you
before we run out of time
if love is so strong
why won't you take the chancebefore our time has gone.."

malam ini saya ada jemputan perasmian restoran kawan saya di seksyen 7,Shah Alam.. saya doakan rezeki mereka berdua dimurahkan oleh Allah SWT dan dihindari dari sebarang hasad dengki pesaing mereka.. amin~

sekarang saya sedang menghabiskan masa dengan membaca sebuah buku ~7habits of highly eefective people.. terima kasih untuk seorang teman yang mencadangkan buku ini kepada saya.. sangat berguna saya kira..

"we need to have initiatives and responsibilities to make things happen"

baru saya terfikir saya selama ini terlalu bergantung kepada keadaan.biasanya saya biarkan keadaan yang membuat pilihan untuk saya.. do it on the dot~ saya tidak berfikir dan merancang untuk apa yang akan saya lakukan. dan seperti selalu saya akan menjawab "Lets time decide" baru saya mengerti kenapa ayah selalu katakan.. "takdir kita adalah pilihan kita" ayah memang betol untuk itu.. =)

tapi saya tidak sesekali mengatakan jalan hidup ini adalah jalan yang salah.. kaki saya telah melangkah begitu jauh. mana mungkin untuk saya berpatah semula.. dan saya harus lakukan yang terbaik untuk pastikan ini adalah yang terbaik untuk diri saya sendiri.. InsyaAllah...

dan kepada kawan-kawan yang bakal merencanakan kehidupan dengan mendirikan rumah tangga. saya ucapkan tahniah dan doakan jodoh anda ingga ke akhirnya... InsyaAllah saya akan menghadiri majlis yang diundang..

"berikan diri masing-masing peluang untuk memperbaiki kesilapan dulu"~

Monday, April 26, 2010

:: broke the deal ::

hari ini saya telah memungkiri janji saya dengan seorang kawan.. =) jari jemari begitupantas menaip suara hati sampai tak sempat nak berfikir.. terlalu syok nak membalas segala yang telah diutarakan.. aduh kawan~ampunkan saya penunggu gua.. ampunkan saya penunggu gua.. janji sekecil itu pun tak dapat saya nak pegang.. --bersalah sangat le ni--

so mari kita tengok.. apakah itu memungkiti janji..

Perjanjian sesama insan adalah ibarat hutang yang perlu ditunaikan dan tidak boleh dipandang ringan,kerana perbuatan memungkiri janji amat dimurkai oleh allah s.w.t.Orang yang berakhlak mulia ialah yang bersifat amanah dan sentiasa menepati janji-janjinya.Manakala pecah amanah dan tidak menepati janji pula adalah tanda merosotnya iman dan menyebabkan jauh diri daripada takwa.Firman Allah s.w.t seperti yang tersebut dalam surah al-baqarah sebahagian daripada ayat 177:

“Dan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji”.

Ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang menepati janji dan menyempurnakannya adalah bukti orang yang beriman dan bertakwa.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Secara umumnya,janji adalah wajib ditepati dan ia merupakan tuntutan syarak.Dihari akhirat kelak,setiap manusia akan ditanya tentang janji yang telah mereka lakukan semasa hidup didunia ini. Firman Allah dalam surah al-isra’ ayat 34:

“Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim,melainkan dengan cara yang terbaik (untuk mengurus dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa,serta layak mengurus hartanya dengan sendiri).Sempurnakanlah perjanjian (dengan allah dan dengan manusia) sesungguhnya perjanjian itu akan dipertanggungjawabkan”.

Perbuatan memungkiri janji adalah suatu perkara yang tidak disukai oleh semua orang.Malah orang yang mungkir janji juga pasti tidak suka jika orang lain mungkir janji kepadanya.

Kaum muslimin yang berbahagia,

Sesungguhnya islam amat mengambil berat dalam soal janji,samada janji antara seorang muslim dengan yang lainnya atau janji seorang hamba dengan allah s.w.t.Betapa beratnya perbuatan tidak menepati janji sehingga telah digambarkan oleh rasulullah s.a.w sebagai menyamai salah satu sifat orang-orang munafik.

Sabda rasulullah s.a.w:

“Tiga perkara apabila seseorang itu memilikinya,maka dia dianggap munafik sekali pun dia berpuasa dan sembahyang dan menganggap dirinya muslim,iaitu apabila berkata-kata dia berdusta,apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diamanahkan dia mengkhianati”.

Berdasarkan hadis tersebut,dapatlah difahami bahawa sekiranya kita sebagai umat islam memungkiri janji,maka sudah tentulah kita juga tergolong dalam kalangan orang yang memiliki sifat-sifat orang munafik.Perlu diingat dan diketahui bahawa sifat munafik itu adalah sifat yang sangat keji dan balasannya pula amat berat sebagaimana firman allah s.w.t:

“Sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah daripada (lapisan-lapisan didalam)neraka, dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka (yang dapat membebaskan mereka dari neraka)”.

(An-Nisa’ ayat 145)

Memandangkan janji itu suatu amanah dan mungkir janji itu pula perbuatan orang munafik dan berdosa besar,maka islam sebagai agama yang sempurna telah menentukan adab-adab yang perlu diikuti apabila membuat janji.Diantara adab tersebut ialah mengucapkan lafaz “Insya-Allah” apabila berjanji.Suruhan ini telah dijelaskan oleh allah s.w.t dengan firmannya didalam surah al-kahfi ayat 23-24:

“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan),bahawa aku akan lakukan yang demikian itu kemudia nanti”.Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata):”Insya-Allah”.Dan ingatlah serta sebutkan akan tuhanmu jika engkau lupa,dan katakanlah :”Mudah-mudahan tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang daripada ini”.

Pada masa kini, perkataan “insya-Allah” telah disalah gunakan oleh segelintir masyarakat.Lafaz insya-Allah digunakan sebagai alasan untuk sengaja tidak memenuhi janji.Kita perlu menyedari bahawa penggunaan lafaz insya-Allah itu adalah suruhan allah dan rasulnya ketika berjanji.Oleh itu,setiap kali kita melafazkan insya-Allah, hendaklah disertai dengan azam untuk menunaikannya,agar kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang munafik.

Setiap janji mestilah ditepati,samada janji manusia sesama manusia atau janji manusia dengan Allah.Jadikanlah ungkapan insya-allah itu sebagai azam untuk menepati janji dan menyempurnakannya.

Jadikanlah diri kita orang yang bertakwa dan berpegang pada janji ,bukannya orang yang memungkiri dan mengkhianati janji.Mudah-mudahan kita menjadi insan yang sentiasa beroleh rahmat dan hidayah allah s.w.t,bahagia hidup didunia dan diakhirat.

“(Ingatlah ) ketika allah mengambil perjanjian setia daripada orang yang telah diberikan kitab (iaitu):”Sesungguhnya!,hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya”. Kemudian mereka melemparkan janji itu kebelakang mereka,serta mereka menukarnya dengan harga yang sedikit.Maka amatlah buruk apa yang mereka dapat daripada penukaran itu”.

"Ya-Allah,engkaulah tuhan yang maha berkuasa,kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor,sebagai negeri yang maju dan sejahtera.Justeru kami pohon kehadratmu ya-Allah,tetapkanlah iman kami,tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami,murahkanlah rezeki kami,kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat,suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia,kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engaku redhai,lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar,kemarau panjang,wabak penyaklit,persengketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian,negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat"


Wednesday, April 21, 2010

:: cinta dari mata,benci dari hati ::


seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...
seperti angin yang menderu...


letih aku melupakan kamu
berlari mencari tempat bersembunyi
tapi kenapa bayangmu mampu menjengah
jejakku mampu kau turuti
letih aku mengatakan aku benci
tapi kenapa masih rindu tersarang di hati
bagaikan angin yang datang mengelus pipi

................
(sambungan dr amie)

Tinggi menjulang langit biru
Mana bisa aku gapai
Indah nian mimpi-mimpiku
Mana mungkin jadi realiti

Yang dicinta mendustai
Yang dikasihi telah pergi
Tinggal kini aku sendiri
Dalam duka bertemankan sepi


Thursday, April 15, 2010

:: musuh no 1 saya ::

Saya selalu marah pada ayah dan emak saya kerana mereka suka menangguhkan perkara.. bagi saya penyakit ini saya warisi dari mereka.. suka sangat nak bertangguh! kadangkala saya selalu bertanya.. bagaimana nak hilangkan penyakit ini.. saya tidak mahu berdampingan dengannya..

"Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada rasa RESAH GELISAH dan dukacita, aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, aku berlindung dengan-Mu daripada sifat penakut dan bakhil, aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan orang lain.."

Tabiat buruk ini ada pada semua orang. Bertangguh adalah pencuri masa dan umur seseorang.

Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka . Pada kali ini saya ingin mengajak para pembaca mengetahui sebab mengapa sikap tangguh wujud dalam diri kita.

Kenapa kita bertangguh?

1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita
2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan
3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah
4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar
5) Tidak ada perancangan yang baik
6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri
7) Kita takut untuk berubah.
8) Kita takut gagal
9) Matlamat tidak jelas
10) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai
11) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.
12) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat
13) Melayan sikap malas
14) Amalan tabiat kerja last minutes
15) Kurang dorongan
16) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian
17) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius
18) Tiada semangat yang jitu dan mantap
19) Tabiat tidak menghargai masa . masa yang dibazirkan sama dengan umur yang dibazirkan .MASA ADALAH NYAWA ANDA!

p/s:ini adalah artikel yang sempat saya baca semasa bersiar-siar di internet..

:: sampaikan pesanku padanya ::


angin..
sampaikan pesanku padanya
katakan aku amat merindukannya
dalam setiap denyut nadiku
dalam setiap hela nafasku
dalam setiap langkah kakiku
ku harap dia menemani

angin...
sampaikan pesanku padanya
tidak terniat aku memungkiri
apatah lagi membelakangi
tapi terkadang aku terhenti
kerna kaki tertusuk duri

angin.......
sampaikan pesanku padanya
aku amat hargai
ketika dia di sisi
setiap ruang yang diisi
setiap kudrat yang diberi
setiap kata yg kudengari
setiap senyuman yang menghiasi
setiap ketawa yang mewarnai
sungguh dia istimewa anugerah ilahi

angin.....
sampai kan pesanku padanya
aku masih menantinya di sini
kerna aku tidak mampu pergi sendiri
mencari dia disebalik takdir ilahi...

Wednesday, April 14, 2010

:: kita kena yakin ::

Macamana saya nak yakinkan diri? Saya selalu berasa kurang yakin dalam melakukan sesuatu. Saya selalu teragak-agak. Bolehkah saya melakukannya?. Inilah pertanyaan yang selalu kita kemukakan bila memperkatakan keyakinan diri.Apa itu keyakinan? Menurut Ranjit Singh Malhi, keyakinan diri adalah kepercayaan yang kukuh terhadap keupayaan, kebolehan dan kemampuan diri sendiri untuk mencapai cita-cita tertentu.

Sebenarnya konsep keyakinan ini telah kita miliki dan menggunakan sepenuhnya semasa kita mula-mula hendak belajar berdiri dan berjalan.Keyakinan diri adalah merupakan sesuatu yang tumbuh dalam diri secara beransur-ansur. Dalam proses belajar berjalan kita bermula dengan terbalikan badan . Apabila kita mula meniarap, seterusnya mula mengesot, merangkak dan seterusnya kita mula berdiri dan berjalan setapak demi setapak dan pada waktu itu kita sering kali tersungkur dan terjatuh. Namun kita tidak pernah berputus asa. Kita terus bangkit, mencuba dan terus mencuba dan akhirnya kita dengan megahya boleh berjalan malah boleh berlari dan melompat.HEBAT!!!


Apakah kita tidak pernah mengambil pelajaran dan iktibar dari sentuhan kejayaan yang telah kita perolehi sejak dari kecil lagi?
Kita selalu mengeluh bahawa :AKU TIDAK YAKIN.

Petua yang ingin dikongsi bagi membina keyakinan diri ialah:.

1) Kenali diri anda seadanya. Perhatikan kekuatan anda dan juga kelemahan anda. Buang mana-mana sikap negatif dan kembangkan kekuatan diri dari masa ke semasa. Jangan terlalu fokuskan kelemahan diri sehingga kita merasakan kita amat lemah.

2)Terima diri kita seadanya tanpa syarat. Jangan kita nmembandingkan diri kita dengan orang lain. Terima diri kita walau apapun. Mana yang tidak boleh diubah misalnya ketinggian atau rupa paras maka kita sedia dan menyayangi diri kita. Kita mungkin boleh ubah dari aspek penampilan diri misalnya dalam berpakaian, cara komunikasi yang meyakinkan , kegemukan badan dan cara kita bersosial.Setiap orang tidak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Kebanyakkan kita memandang diri sendiri dari perspektif yang negatif.

3) Amalkan bual diri yang positif dengan banyak menyatakan kesyukuran atas limpah kurnia Allah yang tidak terhitung banyaknya. Katakan selalu Aku mesti melakukan . Aku mampu untuk lakukan . Ingat keyakinan tumbuh membesar secara beransur-ansur. Kita perlu buat dan mengalami peristiwa berkenaan dan dari masa ke semasa kita akan pasti meningkatkannya. Katakan Aku ada keupayaan dan kemampuan dan aku pasti boleh lakukan. Aku akan terus belajar dan buat hingga berjaya. Orang lain boleh lakukan, aku juga pasti boleh lakukan.

4) Lebih kerap bergaul dengan rakan-rakan yang berjaya dan hindarkan diri dari orang yang boleh menghancurkan dan sebarkan racun minda pada diri anda. Belajar bagaimana rakan anda boleh berjaya dari aspek perancangan, azam. kegigihan, cara dia bergaul dan apa sahaja yang boleh anda jadikan panduan membina keyakinan diri.

5) Iktiraf ,akui dan hargai setiap kejayaan yang telah anda ciptakan walaupun sekecil mana pun. Hadiahkan diri anda bila capai kejayaan misalnya pernyataan syukur pada Allah, puji pada diri sendiri seadanya, belanja makan pada diri,beli hadiah walaupun kecil pada diri sendiri. yang lebih baik ialah raikan kejayaan anda bersama ahli keluarga dan rakan taulan.

6) Imbas kembali semua kejayaan anda. Dalam keadaan tenang dan santai cuba ingat kembali sebarang kejayaan yang telah anda cipta. Gunakan kekuatan penglihatan dalaman, pendengaran dan dimasukkan pengalaman manis emosi sewaktu berjaya. Dan tambahkan dengan gambaran mental kejayaan yang anda inginkan pada masa hadapan dengan merasakan seolah-olah anda telah pun mengalaminya. Rasakan kegembiraan dan keseronokkan tersebut dalam mengiktirafkan kemampuan dan kebolehan anda. Ulang dan ulang sekerap mungkin supaya ianya akan tersimpan dalam minda bawah sedar untuk dibina satu kepercaayan dan tanggapan yang positif bagi diri anda.untuk sentiasa berada di puncak. ( Saya suka melakukan amalan ini dengar mendengar muzik yang santai
dan relak.)

7) Elakkan diri daripada hanya mementingkan kesempurnaan. Ingat keyakinan tumbuh secara beransuru-ansur. Anda lakukan perkara yang anda ingin lakukan. Dalam proses tersebut memang ada kekurangan. Ingat selagi anda terus lakukan dan menilai semula amalan anda dan terus lakukan anda akan capai pada kesempurnaan yang anda harapkan.
Ianya seperti menanam sebatang pohon sebelum memetik buahnya.

8)Perbaiki kemahiran komunikasi anda . Belajar dan amalkan komunikasi secara efektif dan amalkan selalu. Jadi pendengar yang baik dan bila ada peluang keluarkan pendapat anda. Dalam mesyuarat, majlis atau berucap di depan orang ramai , cubalah kebolehan komunikasi anda.

9)Bertindaklah dengan keyakinan. Senyum dan bertentang mata dengan orang yang ingin kita berkomunikasi

10) Belajarlah kemahiran yang berkaitan dengan cita-cita dan matlamat anda. Setiap perkara berkaitan memerlukan ILMU untuk dilakukan secara yakin. Ilmu dan amalan secara istiqmah perkara berkenaan akan dapat membina keyakinan diri anda.

11)Jangan sesekali memandang rendah akan kebolehan anda. Pada masa anda gagal dan kurang berkemampuan bukanlah sebagai tanda anda lemah. Anda sebenarnya banyak memerlukan latihan dan maklum balas supaya anda boleh bangkit semula . Ingat lagi proses anda baru belajar berjalan? Berapa kali anda jatuh dan tersungkur?

12) Tetapkan matlamat dan cita-cita anda dengan jelas. Matlamat hendaklah spesifik, realistik dan ada batasan masa untuk anda mencapainya. Dengan adanya matlamat anda dapat menguji dan membina keyakinan diri anda.

13) Tabahkan diri kerana anda tidak pernah gagal sebenarnya yang ada cuma hasil usaha . Sepertimana kata Thomas Edison yang mencuba beribu-ribu kali bahawa katanya saya tidak gagal tetapi saya telah menemui hasil cara-cara yang salah untuk mencipta mentol

~apabila berbicara kenapa saya rasa berat untuk lakukan?? terus terang saya katakan kerana saya tidak yakin... di sini saya kongsikan sedikit artikel yang sempat saya baca... InsyaAllah kalau ada masa nanti saya akan selitkan lagi dari buku-buku yang pernah saya baca.. (sedang mungumpul bahan nya)
sama-sama kita menjadi ummah yang berjaya... InsyaAllah


"kita kena yakin" kata Alam Maya Memang Nakal!

Monday, April 12, 2010

:: sy juga ingin di situ ::

air mata...
berjuntaian di pipi
melihat dia berdiri di situ
hati ku sudah tidak seiring
ingin memungkiri janji
mahu menoleh lagi
kaki terhenti
larian menyepi
membelek kisah semalam
mencari ruang untuk diri
bersama rasa hati untuk kembali
mengimpikan sesuatu yang tidak pasti


Saturday, April 10, 2010

:: bersikaplah lembut terhadap wanita (isteri) ::


daripada hadis rasulullah SAW "Riqan bil qawaariir" (berhati-hatilah dengan botol). menurutnya qawaariir adalah bentuk jama' tidak berperaturan dari qaaruurah. erti lughawinya adalah botol atau kaca,sedangkan makna yang dimaksudkan adalah wanita atau isteri.

Rasulullah SAW menyerupakan hati wanita adalah seperti botol yakni mudah pecah,kerana emosi wanita adalah lebih kuat daripada akalnya. perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki,maknanya:
"berlakulah lembut kepada isteri"


sebagaimana yang diperintahkan melalui firman Allah SWT
".... dan dia jadikan di antara kalian dengan kasih sayang........." (ar-rum:21)

dalam sebuah hadis disebutkan
"perlakulah kaum wanita dengan baik kerana sesungguhnya mereka adalah penolong yang dapat membantu kalian."

dalam hadis disebutkan, rasulullah SAW bersabda
"sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik kepada isterinya,dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap isterinya"

rumahtangga yang bahagia adalah rumah tangga yang dibangunkan di atas dasar cinta yang penuh dengan taqwa kepada Allah dan keredhaan-Nya.

"Maka apakah orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar ketaqwaan kepada Allah dan keredhaan-Nya itu lebih baik ataukah orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh,lalu bangunan itu jatuh bersama-sama dia ke dalam neraka Jahannam? Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (at-taubah:109)

(la tahzan unit 254)

Thursday, April 8, 2010

:: how to save a life ::


Step one you say we need to talk
He walks you say sit down it's just a talk
He smiles politely back at you

You stare politely right on through
Some sort of window to your right
As he goes left and you stay right
Between the lines of fear and blame
And you begin to wonder why you came


Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

Let him know that you know best
Cause after all you do know best
Try to slip past his defense
Without granting innocence
Lay down a list of what is wrong
The things you've told him all along
And pray to God he hears you

Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

As he begins to raise his voice
You lower yours and grant him one last choice
Drive until you lose the road
Or break with the ones you've followed
He will do one of two things
He will admit to everything
Or he'll say he's just not the same
And you'll begin to wonder why you came

Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life




~lagu ini ditujukan khas buat besfren saya.. =)

setelah mybest buddy menginfom saya bahawa mr ribena akan menemani nya untuk mencari tempat. saya terkedu serta merta terimbas mimpi semalam.. besfren saya menemani saya mencari bangunan jabatan bahasa Inggeris.. terasa seperti pulang ke sekolah semula!

lagu ini mengingatkan saya sewaktu besfren saya putus cinta dahulu. kami menghabiskan malam yang panjang hanya sekadar melayan lagu ini. kadang-kadang tertanya saya kenapa saya berada di situ.setelah semua nasihat dan teguran saya tidak dia pedulikan.but he raised his voice to me! arggghhh.. saya cuma tidak mahu dia seperti saya.. i was once there! and i know how it feel! it was so hard! saya tahu cuma masa sahaja yang dapat membawa rasa itu pergi...

sudah hampir 12tahun kami berkawan.. dan boleh dikatakan kami begitu rapat. tapi jalan hidup yang kami pernah pilih membawa kami jauh di antara satu sama lain.. tapi saya tidak nafikan,andainya masing-masing ada masalah.. we will run to each other.. bercerita.. bertekak.. dan seperti biasa saya akan ambil part membebel.. walaupun selalunya nasihat dia pada saya hanyalah.. "pandai-pandailah ye nak setelkan hal ni.. da boleh pikir kot yang mana baik dan buruknya.." bagi saya itulah erti kawan dan persahabatan antara kami.. tempat meluahkan rasa apabila kesedihan dan kepahitan! kalau tengah gembira dan bahagia dilupakan.. (,")V peace! kita berdua sama jek!

untuk besfren saya..MR.F, didoakan moga hidup die yang mendatang dimudahkan oleh Allah SWT.. terima kaseh untuk secebis ingatan.. untuk masa yang awak luangkan untuk menemani saya..
untuk mendengar setiap bebelan yang ada..

"Where did I go wrong, I lost a friend

Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life"


Wednesday, April 7, 2010

:: Empat perkara ::

(petikan La tahzan)

empat perkara yang membuatkan badan sakit
  • terlalu banyak bicara
  • teralu banyak makan
  • terlalu bayak tidur
  • terlalu banyak melakukan hubungan badan
empat perkara yang merosakkan tubuh
  • cemas
  • sedih berpanjangan
  • lapar
  • kurang tidur malam
empat perkara yang memberikan kesenangan di dalam hati
  • melihat yang hijau-hijau
  • melihat air yang mengalir
  • melihat kekasih (dating-dating le selalu)
  • melihat buah-buahan
manakala kami layangkan pandangan
ke arah yang menyenangkan itu di petang hari
maka menjadi segarlah jiwa ini
kerana keindahan pandanganyang kami lihat

empat perkara yang dapat membuat pandangan mata menjadi gelap
  • berjalan tanpa kasut
  • berpagi dan berpetang hari dengan wajah yang muram dan penuh dengan kebencian dan dendam
  • terlalu sering menangis
  • banyak menatap garis yang kecil-kecil
empat perkara yang membuatkan badan menjadi kuat
  • memakai pakaian yang lembut
  • mandi dengan air panas
  • makan makanan yang manis dan berlemak
  • memakai wewangian
empat hal yang menghilangkan kesegaran dan keceriaan wajah
  • berbohong
  • tdak tahu malu
  • terlalu banyak bertanya yang tanpa dasar
  • banyak melakukan maksiat
empat perkara yang membuatkan wajah bertambah segar
  • menjaga harga diri
  • menepati janji
  • dermawan
  • taqwa
empat perkara yang mendatangkan kemarahan dan kebencian
  • takbur
  • dengki
  • bohong
  • suka mengadu
empat perkara yang boleh mendatangkan rezeki
  • bangun malam untuk solat
  • bayak berishtifar menjelang fajar
  • memebiasakan bmemberi
  • dan berzikir di petang hari
kutanyakan kepada malam hari
"adakah rahsia disebalik kegelapanmu
hal yang menyembunyikan berita dan rahsianya?"
ia menjawab:
"tetapi aku belum pernah berjumpa dalam hidupku
suatu rahsia pun yang lebih tersembunyi
daripada pembicaraan para kekasih
di penghujung malam"

empat perkara yang akanmencegah datangnya rezeki
  • tidur di pagi hari
  • jarang solat
  • malas
  • suka berkhianat
empat perkara yang membahayakan pemahaman dan kemampauan otak
  • ketagihan makanan yang masam
  • tidur bertelentang
  • resah
  • gundah gulana
empat perkara yang akan menambahkandaya pemahaman
  • hati yang bersih
  • tidak menyelangi makan dan minuman ke dalam badan secara berlebihan
  • mengatur menu makanan yang baik denagn menambahkan makanan yang manis dan berlemak
  • membuangkan semua endapan makanan yang memberatkan badan

Tuesday, April 6, 2010

:: overheating ::

malam ini saya begitu tidak senang dengAN aktiviti beronline kerana laptop saya seringkali terpadam dengan secara tiba-tiba.. oh no~~ jagan katakan laptop ini bakal rosak lagi.. saya sudah kepokaian tahap dewa ini..

ini antara sebab perkara berkenaan terjadi.. (hasil tinjauan dan aktiviti bersiar-siar di internet malam ini)


Secara asasnya terdapat lima punca yang boleh anda kenalpasti bagi menyelesaikan masalah ini.

1) Masalah kepanasan terlampau.
Kepanasan terlampau boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada komponen komputer. Masalah ini biasanya terjadi kepada prosesor, power supply dan casing. Jadi, bagi mengelakkan masalah ini terjadi, pembuat motherboard telah meletakkan sensor pengesan haba bagi mengesan terjadinya kepanasan melampau pada prosesor, power supply dan di dalam casing. Sistem komputer akan terpadam dengan sendirinya jika suhu sudah mencapai nilai maksimumnya.

Berikut adalah langkah demi langkah untuk mengenalpasti samaada komputer anda terpadam berpunca dari kepanasan melampau ini @ tidak :

-: Periksa kipas pada bahagian belakang power supply, pastikan ianya berfungsi dengan baik dan tidak mengeluarkan bunyi bising yang menandakan berlakunya sekatan pada pusingan kipas tersebut.

-: Periksa kipas yang terdapat pada heat sink prosesor dan pada casing komputer. Pastikan ianya berfungsi dengan baik dan tiada sekatan.

-: Periksa sambungan slot heatsink dengan prosesor samaada longgar atau tidak. Kadang-kadang proses penukaran @ upgrade komputer boleh menyebabkan masalah ini berlaku.

-: Periksa suhu sistem dan prosesor melalui BIOS. Sesetengah nilai maksimum suhu sistem dan prosesor pada BIOS boleh ditetapkan.

2) Masalah atau kesilapan pemprosesan hardware.

Hardware yang bermasalah @ tidak serasi boleh menyebabkan masalah ini. Pastikan tidak berlaku konflik antara hardware dengan memeriksanya pada device manager pada control panel > system.

3) Jangkitan virus.

Pastikan komputer anda sentiasa dilengkapi dengan anti virus terbaru dan up date. Sentiasa peka dengan serangan virus terbaru lebih-lebih lagi jika komputer anda bersambung dengan internet dan berkongsi fail dalam rangkaian @ thumb drive.

4) Masalah dengan Sistem Operasi.

Windows yang bermasalah boleh menyebabkan berlakunya perkara ini. Cuba install windows baru jika anda mengesyaki masalah ini berpunca dari windows. Biasanya akan keluar skrin ralat sebelum komputer itu shutdown jika masalah ini berpunca dari windows.

5) Kegagalan komponen.

Setelah anda install windows baru, komputer tetap shutdown secara tiba-tiba, masalah ini mungkin berpunca dari kegagalan pada RAM, Processor, motherboard ataupun power supply.

*** saya simpulkann aktiviti beronline yang tidak kenal masa itu telah menyebabkan laptop saya overheating.. ataupun kerana komponen tidak dipasang dengan betol..kerana baru-baru ini saya ada menukar hardisc dan bunyi kipas begitu jelas dari laptop saya ini...esok saya bakal membeli kipas untuk laptop saya ini.. tungguu~

Monday, April 5, 2010

:: ¿¿ɹɐɾɐןǝq ɐʎɐs ::

saya belajar,
kita tidak akan dapat semua yang kita ingini dalam hidup ini,
dengan cara kita,
kita perlu mengalah sementara untuk menang..

Saya belajar,
Apabila peluang datang,
kita perlu segera dapatkannya,
jika tidak ia akan berlalu pergi,
dan tidak akan cuba kembali...

Saya belajar,
apabila peluang kedua itu muncul,
tuhan sebenarnya sedang memberi kita peluang,
untuk membetulkan keadaan,
jadi jangan bertangguh untuk menghadapinya,
jika ia berjaya.. maka nikmatilah...

Saya belajar,
mencintai tidak semestinya saling bercinta,
Bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya,
Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai..

Saya belajar,
cinta sering datang dan pergi,
ıƃɹǝd uɐp ƃuɐʇɐp ƃuıɹǝs ɐʇuıɔ
tuhan sedang memberi kita peluang untuk kita nikmati,
untuk kita belajar saling mengerti,
tapi cinta sejati hanya sekali...

Saya belajar,
hidup memerlukan kita sentiasa berhati-hati dan berwaspada,
Bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya...

Saya belajar,
Bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan banyak hal dan
kami selalu memiliki waktu terbaik.

Saya belajar,
Bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat,
Justeru adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali
Serta orang yang begitu perhatian pada saya.

Saya belajar,
Bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh.
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.

Saya belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan,
Bukan bererti bahawa dia tidak mencintai saya...

Saya belajar,
Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,
Mereka pasti pernah melukai perasaan saya....
Dan untuk itu saya harus memaafkannya....

Saya belajar,
Bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain...
Kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus...

Saya belajar,
Bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi saya,
Tapi saya harus bertanggungjawab untuk apa yang saya telah lakukan...

Saya belajar,
Bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda,
Tapi kekadang dari sudut pandang yang berbeza...

Saya belajar,
Bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki,
Tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya..

Saya belajar,
Bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi
Atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya..

Saya belajar,
Bahawa saya punya hak untuk marah,
Tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis...

Saya belajar,
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan
dengan orang yang saya cintai..

Saya belajar,
bahawa orang – orang yang yang saya kasihi,
Sering diambil segera dari kehidupan saya...
Love does’nt make the world go round.
Love is what makes the ride worth while.

Sunday, April 4, 2010

::sukarnya memaafkan::


setiap dari kita pasti pernah melakukan kesilapan,tersilap langkah dalam kehidupan bukan? kadang-kadang terlalu sukar untuk kita mengucapkan kata maaf... dan paling sukar andainya kita yang perlu memaafkan. jika ditanya pada saya.. diri saya mudah untuk memohon kemaafan tapi untuk memberi kemaafan itu sangatlah sukar..

puas saya pujuk hati dan perasaan untuk memaafkan setiap apa yang telah berlaku.. dan membiarkan semua itu berlalu. tapi dalam pada kemaafan terucap namun layanan saya tidak sehebat dulu.. kadang-kadang semua itu terlalu ketara di mata pandangan umum.. mungkinkah kerana saya seorang yang begitu pendendam dan sikap saya yang tidak mahu mengaku kalah sejak azali lagi?? dimanakah 'bersemayam' sikap berdendam dan dengki mendengki jika bukan di tubuh seorang manusia??

bagi saya memaafkan memerlukan persiapan mental dan ketulusan hati yang paling dalam. hanya seseorang yang mempunyai kematangan diri dan semangat spiritual yang tinggi sahaja yang boleh memberi kemaafan dengan seikhlas hati. kematangan diri biasanya berlandaskan pengalaman hidup seharian dalam menyelesaikan segalan cabaran dan dugaan kehidupan. manakala semangat spiritual itu berkaitan dengan penghambaan diri yang sangat tinggi kepada Allah SWT.

"ya Allah,berikan saya hati yang bersih dan lidah yang jujur dalam menjalani kehidupan seharian ini"

Allah swt sendiri menjanjikan pahala kepada mereka yang pemaaf

"tetapi orang yang bersabar dan memaafkan,sessungguhnya perbuatan yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan" (asy syuura;43)

orang yang baik akhlaknya bukan sahaja dapat memaafkan kesalahan orang lain kepadanya tetapi membalas perbuatan itu dengan kebaikan..

”Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.” (QS Fushshilat [41]: 34).

Saturday, April 3, 2010

:: cinta dalam hati ::


Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu.. dengan hidupmu


Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

(Korus)
Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

cinta bukan untuk kita tangisi,bukan untuk ditawar menawar,bukan unutk disakiti, tapi cinta itu untuk kita simpan dalam jiwa.. untuk kita beri dan untuk kita sama-sama nikmati..

namun bagi pendapat saya,gadis ini begitu bertuah dan beruntung kerana si dia terlebih dahulu mengambil keputusan untuk berlalu pergi. apabila tiba masa untuk si gadis meneruskan perjalanan sekurang-kurangkan si gadis tidak akan lagi berada dalam keraguan.

kalau dilihat semula dengan apa yang terjadi.. benar kata gadis ini, kadang-kadang lelaki ini jahat.. (maaf kepada kaum lelaki di luar sana) walaupun si dia sudah memilih tetapi tetap mahu 'berdating' dengan si gadis.. untuk apa?? =) saya tiada jawapannya.. tepuk dada tanya diri sendiri.. tp bagi saya tidak menjadi kesalahan...

Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

sebelum beliau secara rasminya menjadi milik orang.. biarkanlah hati kita merasai kebahagiaan itu walalupun untuk seketika.. tidak salah bukan??

jangan salahkan orang merindu dengan kerinduannya selagi kamu tidak cuba memahami erti kerinduan itu sendiri..

andai mencintai seseorang kita perlu redha dan biarkan dia lepas pergi.. doakan kebahagiaan dia.. dan kita tumpang gembira dengan kebahagiaan dia.. doakan hidup dia di masa depan lebih sempurna.. bukan kah doa itu ibarat cermin.. setiap yang kita doakan akan terpantul semula pada diri kita?? baik doa kita,maka baiklah yang akan Dia berikan pada kita juga..


".......boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)

segala sesuatu telah Aku takdirkan
silakan engkau mencela atau meninggalkan Aku
sedangkan takdirKu akan terus berjalan
sebagaimana jarum menusuki lubang jahitan.

janganlah bersedih apabila seseorang menyakiti anda.

1. tanyakan pada diri anda. Apa kemungkinan terburuk yang akan terjadi?

2. persiapkan diri anda untuk menerima dan menghadapinya

3. hadapilah dengan tenang unutk menjadikan kemungkinan terburuk itu menjadi lebih baik

".......Allah kelak akan memberi kelapangan setelah kesempitan." (Ath-Thalaq:7)

sabda rasulullah SAW



"ketahuilah,bahawa pertolongan itu datang sesudah kesabaran; kelapangan datang sesudah kesempitan;dan kemudahan datang sesudah kesulitan"

dalam menghadapi situasi sebegini,kekerasan,keegoaan tidak dapat membantu untuk menyelesaikan masalah tetapi kelembutan dapat menghindarkan diri dari terus tergelincir.

seseorang yang bijak itu ibarat air,yang dapat melekukkan batu dengan perlahan-lahan walaupun mengambil masa yang begitu lama.bukan bermaksud saya ingin katakan untuk terus menunggu dan lakukan usaha yang berterusan. namun saya katakan di sini.. perasaan mengharap itu secara perlahan dapat dihilangkan dengan usaha yang berterusan.

relakan saja apa yang telah terjadi.jangan sesekali menangisi susu yang telah tumpah. pergi dapur isi yang baru.kalau tiada 7E kan buka 24jam.

akhir kata, (sebelum saya mula merepek) yang tidak dituliskan untukmu akan begitu sukar untuk diperolehi.



Friday, April 2, 2010

::LOVE WILL LEAD YOU BACK::

http://www.youtube.com/watch?v=KdP2bf0OUEU

Saying goodbye is never an easy thing
But you never said you'd stay forever
So if you must go,
Oh, Darling I'll set you free
But I know in time
We'll be together
I will try to stop you now from leaving
Cause in My Heart I know
Love will lead you back
Some day I just know that
Love will lead you back to my arms
Where you belong
I'm sure, sure as stars are shining
One day you will find me again
You won't be long
One of these days our love
Will lead you back
One of these nights
Oh I'll hear your voice again
You're gonna say
How much you miss me
You'll walk out this door, but
Some day you'll walk back in
Darling I know, I know this will be
Sometimes it takes some time out on your own
To find your way back home
Love will lead you back
Some day I just know that
Love will lead you back to my arms
Where you belong
I'm sure, sure as stars are shining
One day you will find me again
It won't be long
One of these days our
Love will lead you back
Cause I will try to stop you now from leaving
Cause in My Heart I know
Some day I just know that
Love will lead you back to my arms
Where you belong.
I'm sure, sure as stars are shining
One day you will find me again
It won't be long
One of these days
Our love will lead you back
Love will lead you back
Some day, I just know that
Love will lead you back to my arms
It won't be long
One of these days our
Love will lead you back

"someday, i just know that
love will lead you back to my arms
it wont be long
one of these days our
love will lead you back"


pengalaman percintaan saya tidaklah boleh dikatakan hebat bagai Uda dan Dara atau Qaisy dan Laila... tapi hanya sekadar seorang remaja yang terlalu setia memendam rasa... 'berkawan biar seribu,berkasih biar satu' dan saya sangat berkeyakinan bahawa andainya beliau ditakdirkan untuk bersama dengan saya,berkongsi hidup sehingga ke akhir hayat.. Allah SWT akan kembalikan dia kepada saya.. love will lead you back! semoga dia menyedarinya suatu hari nanti... namun andainya bukan jodoh saya dan dia.. saya amat yakin tuhan akan anugerahkan saya sesseorang yang lebih baik daripada itu.. eventhough i cant think the better.


"Wahai Ilahi, tuntunlah daku agar cinta ini suci dalam redhoMu. Janganlah Engkau biarkan daku sendirian. Daku tak berdaya. Sesungguhnya segala isi alam di tanganMu Wahai Yang Maha Tahu. Sesungguhnya, daku tak mahu kehilangan cintaMU..dan juga ku tak mampu memalingkan rasa cintaku padanya. Ya Ilahi, andai Engkau mengetahui dia terbaik dan tercipta untukku, bagi diriku dan agamaku, usahlah Engkau biarlah hatinya dan hatiku terbiar jauh dariMu, dekatkanlah hati kami pada cinta yg suci dengan ikatan yang Engkau redhoi. Satukan hati kami dlam redho dan rahmatMu."

"Ya Ilahi, bimbinglah daku dan dirinya ke jalan yang lurus. Seandainya juga dia bukan terbaik untukku,bukan tercipta untukku. Jadikanlah hatiku ini redho dgn takdirMu. Hilangkanlah dia dari hatiku, mimpiku, dan hidupku saat ini dan selama-lamanya. Temukanlah dia dengan insan yang lebih baik, yang dapat memimpinnya kejalan cintaMu. Temukan daku dgn insan sebaik dirinya. Ampunilah daku ya Ilahi, sesungguhnya daku wanita lemah yang hanya punya airmata sebagai teman. ampunilah daku ya Allah, kerna airmataku ini menitis di hadapanMu kerna makhlukMu, kerna dosa2ku padaMu, kerna setitis cinta pada makhlukmu yang lahir tanpa ku pinta."aminn

::kehidupan umpama pesawat::


Tanpa kita sedari,setiap kali kapal terbang melintas di udara kita pasti akan mendongak ke langit.. melihat kapal terbang berkenaan terbang melintasi kita.. setiap dari kita pasti mengimpikan untuk berada di atas.. bebas terbang menongkah angin dan taufan,menghimpit rasa ketakutan dan rasa gayat.. tidak semua dari kita boleh berada di atas.. terkadang saat kita di atas,kita ditarik turun kebawah..
"hidup bagaikan roda"

namun kita sebenarnya adalah pemandu kepada pesawat kita sendiri.. kehidupan kita di umpamakan bagai pesawat.. bagaimana untuk kita menerbangkan itu terpulang kepada diri kita.. apakah kita tahan untuk bergelut dengan ribut dan taufan,atau kita mahu menerbangkan dengan kerendahan dan kelajuan yg minimum.. itu terserah kepada kita sendiri.

ramai yang apabila memasuki zon 'ribut dan taufan' mula menyerah kepada keadaan tanpa mengambil inisiatif untuk bertahan.. akhirnya pesawat yang sekian lama dipandu terhempas dan hancur.namun tak kurang yang apabila terjatuh mereka secepatnya membaiki kerosakan itu dan mulai terbang semula... tahniah kepada mereka yang sebegini.. 'dengan usaha yang berterusan semua kemungkinan boleh menjadi kenyataan'

dan bagaimana pula kepada mereka yang terus bersedih hati dengan musibah yang telah menimpa? terasa bagaikan semangat itu dibawa berlari.. tapi kemana harus langkah kaki ini terus melangkah?

saya suka untuk mengatakan.. "jangan bersedih,kerana di sana masih banyak jalan meringankan musibah" (petikan 'la tahzan' untuk dikongsikan bersama)

1. Allah tidak menjadikan sesuatu musibah melainkan pahala dan ganjaran dari sisi-Nya andai kita terus bersabar dan bertahan di atas jalan tersebut.

"............. sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas" (Az-Zumar:10)

2.melihatlah kepada orang lain yang ditimpa musibah. Pasti kamu adalah antara yang masih dikira beruntung.

kalau saja tidak kulihat
esak tangis orang
yang ditimpa musibah di sekitarku
tentu telah ku bunuh diriku

3. yakin bahawa musibah yang menimpa diri anda itu jauh lebih ringan dibandingkan dengan yang menimpa orang lain.

4. yakinlah bahawa musibah yang anda deritai itu berkaitan dengan dunia sahaja,bukan berkaitan dengan agama

5. yakinlah bahawa ubudiyyah yang dilaksanakan dengan khusyuk ketika mengalamai tekanan terkadang lebih besar nilainya jika dibandingkan dengan yang dilakukan ketika melalui saat-saat bahagia.

6. janganlah melakukan tipu muslihat.

tinggalkan tipu muslihat
untuk mengubah bencana
hancurnya tipu muslihat
adalah dengan meninggalkannya

7. sedarlah bahawa pilihan Allah SWT adalah yang terbaik.

".........dan boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu...."

::dunia ini untuk kita kongsikan bersama::


saat saya rasakan dunia ini hanya saya seorang sahaja yang punya tiba-tiba Allah anugerahkan seseorang untuk sedarkan saya bahawa Dia sebenarnya ciptakan dunia ini untuk kita kongsiakan bersama..


"Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita...Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam...Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain mencintai kita sepertimana kita mencintai mereka... (^^,)v ♥♥♥"


Alhamdulillah.. kini saya sedar bahawa saya tidak keseorangan meniti bilah-bilah kehidupan yang pastinya terkadang menyucuk jiwa dan perasaan.. sudah sekian lama saya merundung duka dan kekecewaan,kegagalan menarik kaki saya dari terus melangkah.. membawa saya jauh 'bertapa' mengasingkan diri.. kononnya berehat untuk menghilangkan pedih di hati..

"ya Allah.. saya hamba Mu yang lemah memohon keampunan kerana telah menjadi hambaMu yg berputus asa dengan ujian dan cabaranMU.. tanpa sedar itu yang telah mematangkan kehidupan saya pada hari ini.. Ya Allah.. ampunkan saya kerana pernah 'hilang' dari meneruskan kehidupan seperti mana yang telah engkau tuliskan kepada saya.. Ya Allah... saya pohonkan kekuatan dan semangat dari Mu untuk saya meneruskan langkah kaki ini yang sekian lama terhenti.. dan semoga jalan ke hadapan dimudahkan oleh-Mu Ya Allah.. Ampunkan dosa saya dan dosa kedua ibubapa saya.. kasihi lah mereka seperti mana mereka megasihi saya sejak kecil.. berikanlah saya peluang dan ruang untuk berbakti kepada mereka.. aminn"