Tuesday, May 18, 2010

:: never loose hope ::

Insha Allah Lyrics | Inshallah Lyrics

By: Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Sunday, May 16, 2010

:: selamat hari guru ::

pengorbanan seorang guru memang tidak dapat dibafikan lagi.. walaupun kini profesyen perguruan seperti hanya pilihan terakhir graduan yang tidak mendapat pekerjaan.tetapi saya percaya rata-rata para guru kini menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya kepada anak-anak generasi pelapis masa depan..

GURU adalah insan yang paling saya muliakan dalam hidup ini.tanpa guru siapalah saya.. tanpa guru tak mungkin saya mampu seperti sekarang.. tanpa guru tidak kemana saya.. walaupun terkadang guru ini saya kira terlalu emosi dan terlalu kejam dalam mendidik saya tapi saya ketahui.. tanpa guru.. siapalah yang sudi membimbing saya..

tidak dapat sya lupakan berberapa orang guru yang begitu berjasa kepada saya.. dalam mendidik saya mengenal ilmu dan mengenal erti kemanusiaan itu sendiri.. Cikgu Yahya selaku guru besar sekolah rendah saya banyak berjasa kepada saya.. apabila tokwan tidak sempat mengambil saya di sekolah.cikgu yang akan menghantar saya pulang. mendidik saya dan rakan-rakan dari segi ilmu duniawi dan rohani..

cikgu Naimah selaku guru kelas saya semasa tingkatan 3.saya kira cikgu Naimah adalah cikgu yang paling 'friendly' dalam merapati anak-anak muridnya.walaupun beliau dikatakan sedikit garang.tapi saya tahu.. dia adalah sangat baik.. dia menjadi idola saya andainya saya menjadi seorang guru. Cikgu terima kasih untuk segala ilmu dan masa yang cikgu luangkan bersama-sama kami.

cikgu Syukri adalah warden saya semasa di MRSM. dia tersangatlah garang. nama pun guru disiplin dan warden asrama. ketegasaannya menyebabkan saya selalu bersikap seperti mencabar kewibawaan beliau sebagai seorang guru.. ntah mengapa suka benar saya andai dapat membuat sesuatu yang melanggar aturan dan peraturan yang telah ditetapkan. Maafkan saya cikgu untuk kesusahan yang saya timbulakan. Andainya lebih lama lagi......... saya akan pastikan setiap yang cikgu tetapkan akan saya turuti..

tidak ketinggalan juga kepada pensyarah saya.. DR GHazali Ahmad,puan Norazirah Ayyub dan juga Puan Norizan yahya. sya kira zaman ini tersangatlah seronok.tetapi kenapa seperti semangat saya dibawa angin lalu? adakah benar bagai dikata orang.. salah pergaulan maka sesatlah kita? =) pada saya ini terjadi kerana saya tidak belajar untuk adpat dengan persekitaran. tDr Ghaz yang sentiasa memberi dorongan dan teguran.. yang sentiasa memihak kepada anak-anak buahnya apabila dalam masalah. Puan Norazirah yang sentiasa manja dan tersenyum manis. kadangkala kata-katanya agak menghiris tapi Puan Norazirah adalah antara lecturer kegemaran saya. Puan Norizan yang bannyak membantu.. dan saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan dari Puan Norizan kerana telah menimbulkan masalah. dan saya akui tindakan Puan itu adalah betul. terima kasih unutk pengajaran yang tidak ternilai itu. Alhamdulillah.. here i am.. InsyaAllah saya sentiasa mendoakan agar Allah memudahkan jalan kehidupan saya di masa kaan datang.. dan menjuadikan semua itu sebagai pengaaran dan pengalaman yang akan membimbing saya di masa hadapan.

tidak lupa juga kepada Madam Annie yang bayak memberi tunjuk ajar dalam saya menjalankan kehidupan sekarang. itu sungguh bermakna dalam bagi saya. TERIMA KASIH!

dan saya doakan semoga Allah memberkati hidup semua guru-guru yang pernah memberi tunjuk ajar kepada saya. diberi kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki dan dimudahkan jalan kehidupan di masa hadapan. sesungguhnya saya sayang guru saya walaupun saya ini mungkin seorang pelajar yang agak bermasalah.. tetapi jauh di sudut hati... saya mendoakan yang terbaik untuk guru-guru saya..

------------SELAMAT HARI GURU---------------------

Tuesday, May 11, 2010

:: fikir dulu sebelum cakap~ADAMAYA::

malam ini isu di Fb saya adalah berkenaan cerita comel ADAMAYA yang saya kira ringan dan menyenangkan otak setelah penat seharian bekerja.. tidak terlalu dalam konflik dan krisis tetapi sungguh lucu..

dan saya amat tidak berpuas hati dengan watak dani.. seorang yang digambarkan terlalu ego dan mementingkan diri sendiri.. sebenarnya tidak ada lagi rasa cinta terhadap si Maya tetapi hanya lah rasa tercabar kerana tidak memiliki si Maya.

dan bagaimana pula dengan karekter lelaki yang sudah mempunyai pasangan tetapi masih suka memaniskan mulut memuja perempuan lain. mencuba untuk mendekati perempuan lain sedangkan diri sudah secara rasminya mengikat komitmen dengan pasangannya? Ini juga saya kira sebagai terlalu ego dan mementingkan diri.

saya sebagai perempuan sesungguhnya mengakui bahawa diri ini terlalu lemah dengan pujian dan juga perhatian yang ditunjukkan oleh si lelaki. terkadang gurauan mampu menyebabkan saya gila bayang.. tetapi tidaklah meninggalkan kesan pada diri kerana kawan-kawan dan faktor sekeliling pantas menolong memadamkan cetusan rasa yang timbul.

teringat kata-kata si ADAM. fikir dulu sebelum cakap.. dan saya akui pedihnya lidah berkata-kata ini lebih pedas dari sambal belacan yang mak saya buat. makcik saya selalu berpesan.. dalam hidup ini yang paling kita kena jaga adalah lidah kita. jangan sampai mengguriskan perasaan orang lain.. dan saya akui itu.. berfikir sebelum bercakap.. jangan sampai nanti kerana lidah pipiku merah!

tapi bagaimana pula jika kita ditanya untuk memberi 'komen' terhadap sesuatu isu.. dan kemudian nya isu itu dipanjangkan pula dengan diminta penjelasan yang lebih mendalam.tetapi setelah semua 'komen' yang tulus dari hati keluar rupanya itu menyinggung perasaan orang lain.. adakah dalam memberi 'komen' itu juga kita harus menapis begitu banyak sekali seperti 'minyak seri murni'.. kalau tidak mahu mendapat pandangan dari orang lain yang agak pedas.. tidak perlulah bertanyakan pendapat orang lain dan kemudiannya memanjangkan isu tersebut.. mungkin lain cara hidup,lain budaya,lain ajaran agama akan menimbulkan persepsi yang berbeza.. oleh itu,sebagai rakyat Malaysia yang dikatakan 1Malaysia haruslah belajar memahami dan menghormati pendapt orang lain daripada corak hidup yang berbeza.. dunia ini bukan untuk kita aje~ tuhan ciptakan untuk kita kongsikan bersama-sama.

"kadang-kadang aku terbang, kadang-kadang aku terhenti..kadang-kadang aku mendongak, kadang-kadang aku tertunduk..kadang-kadang aku melayari indah, kadang-kadang aku tercalar kesakitan..."~kata seorang teman...........

Monday, May 10, 2010

::Langkah pertama itu sukar::

pernahkah dalam hidup anda merasakan tiba-tiba anda tidak berdaya dan merasakan sangat tidak mahu meneruskan perjalanan yang telah dilalui.. anda bersembunyi di dalam semak.. mengintai setiap laluan yang ada dan manusia yang muncul di jalannya.mungkin semasa anda berjalan kaki anda telah digigit oleh anjing. atau kepala anda dilontar dengan batu sehingga berdarah.hatiterluka dan maruah tercalar.

saya pernah dan saya mengambil masa yang sanagat lama untuk memulakan semula langkah.. semangat yang ada bagai kototran yang diletakkan dynamo dan sabun attack. terus bersih dan kedegilan saya bagai ais yang mencair.. langkah saya bagai terkaku,, sekejap ke depan dan sekejap ke belakang.. macam takut-takut gitu.. saya takut untuk terus melangkah.. takut jalan yang disangka sanga tclear and smooth itu tiba-tiba mempunyai jurang yang sangat dalam atau bukit yang telalu tinggi untuk saya redah.. atau tiba-tiba lanun menyerang di pertengahan jalan..

aduhhh...semnagat.. kenapa engkau begini.. menghilang sehingga sukar untuk saya cari.. sehingga saya terpinga-pinga mencari ruang untuk bergerak.. bukankah bumi ini tuhan juga ciptakan unutk saya? jadi kenapa perlu langkah saya ini bagai dirantai??

jawapannya hanya satu... "tanpa keberanian impian takkan jadi nyata" berani kan diri kita menempuh segalanya.. dugaan dan rintangan itu bisalah kan.. sebab dengan dugaan dan rintangan itulah kita belajar mengenal dunia.. hidup tanpa masalah itu amat membosankan tapi janganlah kita menjadi penimbul masalah..

samaada dalam famili,perhubungan,pekerjaan dan alam belajar.. semua nya memerlukan kita bertindak matang dan bukan sekadar berlandas nafsu dan perasaan. ikut hati mati,ikut rasa binasa,ikut mata pasti kecewa.. bertindaklah menggunakan akal dan hati kecil kita.. bukan hati besar yang suka bercakap besar dan mencari alasan untuk menyedapkan hati sendiri. kadangkala kita perlu belajar menerima kenyataan bahawa apa yang tuhan beri itu adalah yang terbaik.oleh itu jalani dengan sesempurna yang mungkin.jangan menidakkan kenyataan dan hakikat kehidupan..

"..Almighty Allah..please grant me the serenity to accept the things i cannot change..the courage
to change the things i can..and..the wisdom to know the difference..ءامين.."

Friday, May 7, 2010

::saya juga punya impian::

hidup ini agak memenatkan.tapi andainya kita sudah berjumpa dengan tujuan sebenar kehidupan kita,pasti hidup akan menjadi lebih bermakna. saya juga punya impian.. dan untuk mencapai impian tersebut saya sedar.. bukanlah senang dan bukanlah susah andai kita berusaha keras..

saya akui sejak saya kecil sehinggalah kini saya tidak tahu apa sebenarnya cita-cita hidup saya.tapi saya mampu menjawabnya.. saya ingin mempunyai sekolah sendiri.. lucu bukan?? sebenarnya impian saya cuma ingin mempunyai satu rangkaian pusat pendidikan awal kanak-kanak. dan ianya berkembang menjadi satu angan-angan.. apabila saya sudah punya anak-anak tidak perlu lah saya menghantar mereka ke nursery atau dijaga oleh ibu saya..=) saya juga punya impian.....

saya juga punya impian.. saya ingin sebuah rumah yang mempunyai laman yang luas untuk saya bina landskap indah.. ada kolam ikan,air terjun dan pokok-pokok hiasan yang cantik.. dan tidak lupa dapur yang luas untuk saya mencuba resepi-resepi terbaru walaupun saya ini sebenarnya hanya suka menonton rancangan masakan tetapi sangat malas turun ke dapur.. dan rumah saya itu cukup besar untuk saudara mara saya singgah bermalam andai ada kelapangan.. pacuan empat roda untuk memudahkan pergerakan saya.. saya juga punya impian...

dan andainya saya mempunyai rumah sudah tentu imian saya ingin mempunya sebuah keluaga sendiri.. seorang hubby as my 'leading man',dan anak-anak yang biasanya zaman kanak-kanaknya agak nakal tetapi menghiburkan.saya juga punya impian...

dan kemudian impian saya itu berpindah kepada aktiviti saya yang gemar menghabiskan masa di depan komputer melayan alam maya yang semestinya agak nakal.. jadi saya berhasrat untuk membuka sebuah Cafe CC.. yang menyediakan perkhidmatan online dan juga menyediakan hidangan desert yang sedap sekali.. muffin cakes,pudding,coklat... dan saya membayangkan saya melayari internet sambil menghabiskan kek coklat dan secawan susu.. dalam masa yang sama ber'web cam' bersama yang tersayang melaporkan aktiviti harian masing-masing.. comel bukan?? saya juga punya impian...

beralih pula kepada aktiviti harian.. impian saya agar saya dapat membawa keluarga saya itu pergi bercuti ke luar negara setiap tahun.. menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama.. mengajar mereka untuk menghormati budaya dan warisan bangsa lain.saya percaya ini dapat mendidik jati diri yang tinggi di kalangan anak-anak muda.sekaligus mengajar mereka menghargai keamanan dan keindahan hidup berbilang budaya. hidup kita bukan untuk kita aje~

saya juga memasang angan-angan untuk mempunyai seorang teman rapat-- cukup sekadar seorang kerana untuk mendapat seorang pun amatlah payah saya kira.. teman rapat untuk berkongsi kisah suka dan duka.. bersama-sama bersuka-ria di kala cuti. (walaupun masing-masing sudah berkeluarga) apabila kami bersama-sama menghabiskan masa bercerita dan mencari jalan keluar untuk setiap masalah yang timbul.. itu indah bukan?? pergi menunaikan haji/umrah bersama-sama.. bersama-sama merancang percutian keluarga masing-masing.. mengembara bersama-sama mpama edisi jejak rasul/langkah mawi world...

dan setiap wanita tentunya mahu kelihatan cantik dan bergaya sentiasa.. saya pernah punya impian untuk mempunyai sebuah butik kecantikan dan butik pakaian pengantin.. kononnya ketika itu saya ingin menjadi seorang wedding planner... wah... anggun gitu... tapi saya ini bukanlah seorang gadis yang suka melaram.. apa adanya aje saya ini.. bersederhana dalam kehidupan.. tapi saya mahu cantik sentiasa! wink..wink..wink..

dan andainya saya punya rezeki yang lebih saya ingin punya sebuah yayasan kebajikan untuk membantu orang-orang yang tidak berupaya.. untuk mereka belajar menjadi lebih bersemangat menempuh kehidupan.. kekurangan yang ada bukan sebagai penghalang ntuk menempah kejayaan dan berasa rendah diri.

saya juga punya impian untuk menghabiskan hayat saya menuntut ilmu.. setinggi yang boleh dan sebanyak yang mungkin.. bukan sekadar fokus kepada sesuatu bidang sahaja... dan seya doakan tuhan berikan saya kekuatan dan ketabahn untuk saya mencapai dan menjalankan setiap usaha ke arah impian hidup saya.. mungkin ini kelihatan sangat 'ringan' kepada orang lain.. tidak mencabar... tetapi bagi saya inilah puncak kebahagian dan keseimbangan dalam kehidupan saya.. sesungguhnya.. saya juga punya impaian

DAN IMPIAN SAYA CUMA INGIN MENJADI SEORANG MANUSIA YANG BOLEH DIBANGGAKAN OLEH FAMILI SAYA,PASANGAN SAYA DAN KAWAN-KAWAN SAYA... BIARLAH SAYA PUNYA SEJUTA IMPIAN UNTUK DICAPAI TETAPI SAYA CUMA BERHARAP SAYA MAMPU MENJADI YANG TERBAIK UNTUK SETIAP ORANG YANG HADIR DALAM HIDUP SAYA DAN SETIAP SESUATU YANG SAYA CUBA LAKUKAN..
-----------saya juga punya impian------------------