Thursday, November 11, 2010

:: baik hati baiklah segalanya ::

Hati merupakan elemen yang sering diberi penekanan serta sentiasa disebut-sebut didalam Al-quran dan juga merupakan paksi keyakinan dan paksi keimanan. Hati manusia sememangnya merupakan satu ciptaan yang unik kerana dapat mempengaruhi serta membentuk keperibadian seseorang manusia itu dan oleh kerana itu kita harus menyayangi hati serta menjaga hati kita dari anasir-anasir negatif.

Jika hitamnya hati maka hitamlah tubuh dan jika putihnya hati maka putihlah tubuh. Hitam dan putih tidak membawa kepada maksud perubahan warna kulit akan tetapi membawa kepada maksud
" Jika anda memiliki hati yang baik @ positif, maka sudah pasti anda akan berpelakuan baik @ positif ".

Anda harus membentuk hati agar sentiasa seiring dan sejalan dengan minda. Segumpal darah ini dapat dibentuk dengan beberapa kaedah seperti bersolat, berkata kepada diri, bertaubat, dan harus mempunyai minda positif.

Ini adalah proses pertama dalam membentuk hati iaitu proses mendidik. Sememangnya saya bukanlah seorang ustaz apatah lagi alim ulama, tetapi saya yakin tidak menjadi satu kesalahan untuk saya menulis perihal solat serta faedahnya kerana ia sememangnya telah terbukti dan dengan mengamalkan solat, anda dapat membentuk hati anda ke arah kebaikan serta segala sifat positif yang anda idamkan. Solat merupakan disiplin untuk membentuk hati.Saya ingin menyentuh sedikit tentang faedah besar yang anda akan dapat melalui solat (terutama solat jemaah), ia akan menyebabkan masyarakat mudah menerima anda kerana manusia adalah mahkluk sosial dan ini adalah berdasarkan pengalaman saya di wilayah Narathiwat selatan Thailand. Masyarakat melayu Islam disana masih mengamalkan cara hidup Islam acuan Melayu Patani yang pada anggapan saya, patut diiktiraf kerana masjid disana sentiasa penuh dengan jemaah setiap kali tiba waktu solat. Anda akan dapat merasakan "jiwa" Islam begitu subur jika anda berkunjung kesana.

Saya telah bertemu dan menemuramah secara peribadi, seorang ustaz dan imam masjid yang bergelar Ustaz Mer dan juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya di daerah Sg.Golok wilayah Narathiwat tentang " Bagaimanakah cara yang terbaik untuk mendidik hati? " dan dengan penuh keyakinan dia hanya menyatakan satu perkataan sebagai jawapan.... "Solat".

Semua kaedah menuju kebaikan @ positif ada disekeliling kita sebenarnya, cuma tidak perasan........

Setelah mendidik hati, anda perlu mejalani proses berikutnya yakni proses pembersihan. Hati anda harus bersih dari segala kekotoran hati seperti khianat, kedekut, zalim, dendam, amarah dan bermacam lagi. (anda tahu bukan....) Ini merupakan elemen negatif yang bersifat keji lagi hina. Terlalu banyak contoh bagi perilaku yang berpunca daripada hati yang busuk ini cuma saya TIDAK mahu memberikan fokus ke arah itu. Apa yang ingin saya ingin fokuskan disini ialah ke arah membentuk hati yang murni. Anda harus membunuh dan melontarkan elemen negatif itu sejauh yang mungkin serta melupakannya. Setelah itu barulah anda dapat memasukkan nilai-nilai serta sifat-sifat mulia lagi terpuji @ positif seperti setia, pemurah, penyayang, pemaaf, penyabar dan bermacam lagi. (anda tahu bukan....)

Peringkat seterusnya ialah memperkukuhkan keyakinan serta kepercayaan ke arah kebaikan hati yang diidam-idamkan. Proses ini dinamakan proses pengukuhan. Saya yakin, jika anda telah mempunyai niat menuju ke arah kebaikan @ positif, maka dengan izin-Nya anda pasti berjaya. Keyakinan serta kepercayaan yang kukuh terhadap matlamat, amat diperlukan didalam membentuk keperibadian yang tidak mudah goyah. Dalam hal ini saya suka menggunakan satu istilah dikenali sebagai Pengukuhan Kesungguhan iaitu dengan menggunakan 100 % kesungguhan dalam memperkasakan keteguhan hati terhadap matlamat agar keyakinan dan kepercayaan anda tidak lagi bergentayangan serta terawang-awang atau dalam bahasa mudahnya ialah menetapkan pendirian ke arah matlamat. Pada peringkat ini anda boleh menggunakan minda positif anda untuk memperkukuhkan lagi keyakinan ke arah perubahan cemerlang, agar hati seiring dan sejalan dengan minda.

Gunakan minda sepenuhnya. Gambarkan bahawa anda telah mengubah hati anda dengan cemerlang. Gambarkan didalam minda bahawa anda telah dapat mencapai impian anda dan berkatalah kepada hati supaya ia menurut perintah anda dalam perjalanan menuju ke arah matlamat.

Akhir sekali, setelah anda melakukan semua usaha dengan bersungguh-sungguh ke arah membentuk hati yang positif, berdoalah kepada-Nya kerana Allah s.w.t telah menyatakan:

" Minta dari SAYA dengan menyebut nama-nama SAYA " - Hadis Qudsi

DOA PENERANG HATI
" Ya Allah, keluarkan aku dari kegelapan ragu-ragu, kurniakan aku dengan sinaran kefahaman, bukakanlah bagiku pintu ilmu, dan hiasilah aku dengan akhlak yang baik dan kasi sayang. Ya Allah, sinarilah hatiku dengan cahaya hidayah-Mu seperti Engkau menerangi bumi dan langit dengan rahmat-Mu ya Allah Yang Maha Kasih dan Sayang. "

Dalam membentuk hati yang mulia @ positif, kita mesti berkorban kerana tanpa pengorbanan, tiadalah kejayaan. Akan tetapi... dalam konteks "perubahan dari sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang baik", perkara yang harus dikorbankan itu adalah sifat negatif serta pemikiran negatif itu sahaja. Cukup mudah bukan... tidak perlu alasan lain untuk kita berubah dari sesuatu yang biasa kepada sesuatu yang luarbiasa kerana sifat luarbiasa itu wujud didunia ini. Percayalah....

Pokoknya, hati dapat dibentuk dengan disiplin dan keazaman.
Jadikan diri anda seorang manusia yang mempunyai hati yang positif.

Jadi.......apakah pilihan anda?

Monday, November 8, 2010

:: trauma ::

Sy terfikir akan isu trauma.bagaimana sebenarnya trauma itu terjadi.pada sy,trauma biasanya terjadi kepada golongan perfectionist..apabila mereka tidak dapat menerima kenyataan akan kesilapan dan kekalahan mereka.biasanya mereka akan lebih rela melepaskan daripada mereka berusaha semula mencuba mendaki ke puncak..

Biasanya pada mereka yang trauma sering terjaga di tengah malam kerana bermimpi ngeri yang biasanya berkaitan dengan pengalaman hidup mereka.golongan ini lebih rela mengasingkan diri daripada dunia luar dan lama kelamaan takut dengan realiti yg mencengkam..namun sy belum mendapatkan info yg bertepatan mengenai isu ini.hanya sekadar pendapat.

Dan bagi golongan ini apa yg diperlukan hanya sokongan moral untuk mereka mencuba semula.atau mungkin lebih tepat ransang mereka untuk meluahkan perasaan hati dan berilah nasihat dan pandangan positif secara diplomasi.perlu juga disertai dengan sedikit fakta-fakta rohaniah dan ketuhanan untuk mereka berfikir kepada kebaikan dan mencari jalan untuk berubah.tetapi jangan sesekali membina semula tembok dan zon selesa bagi mereka..

Kadangkala mereka sedar,itu adalah salah dan mereka perlu bergerak pergi.namun tanpa sokongan insan sekeliling impian tidak mampu digapai..jalan kembali suram..

Bersama lah kita menolong mereka yg sebenarnya mampu bersinar dengan gemilang ini untuk terus beraksi.sekali jatuh bukan bermakna selamanya kita di bawah.insyaAllah.. Dengan usaha yang berterusan..kita mampu berjaya dan bahagia bersama-sama..

Sekian.renungkan...

-sy yang baru bangun tidur terus nak membebel..