Friday, April 20, 2012

B.A.R.O.K.A.H

diberitaahu oleh seorang kawan.. kata2 sy selalu inspired dia dalam hidup.. =) tp pada sy sebenarnya sy ini kuat membebel aje kot. sy pernah gagal-jatuh- dan sy tahu bagaimana sakitnya rasa bila kita terjatuh tiada siapa yg mahu memimpin tangan kita untuk bangun semula. dan kerana itu lah sy suka membebel supaya orang lain ter-motivasi dengan apa yang sy katakan.. cukup sekadar ambil yg baik dari segala apa yang sy bebelkan.. yg buruk itu lepaskan saja berlalu.sesama kita ambil pengajaran dan semoga beroleh keberkatan ALLAH

dan minta maaf andainya kadang2 isi blog ini banyak sengal nya daripada ilmu2 yg berguna.. sy berkongsikan berdasarkan pengalaman. makanya, ambil iktibar dr apa yg sy sampaikan.. kalau buruk,, jangan ditiru.. sesama kita beringat!

sebenarnya bagi sy, cinta itu adalah motivasi yg sangat kuat untuk kita terus berjaya. maka, kepada yang sedang bercinta.. jadikan cinta itu sebagai pendorong menuju kejayaan dan bukan melekakan menuju kehancuran..

dan ingatlah satu pesanan sy.. jika ada yang menghulurkan salam kepada anda.. andainya anda tidak mahu menerimanya jangan disakiti hatinya.. jangan sesekali.. dan andainya anda menyayangi seseorang,, sayangi lah dia apa adanya..

bagi sy wang tidak menjajnjikan kebahagiaan.. dan hati+perasaan tidak dapat dibeli dengan duit+harta.. sy sangat adore org yang mempunyai ilmu yang tinggi, agama yg kukuh dan sy tidak kisahkan jika dia dari keluarga yang susah.. kerna ilmu+agama itu sebenarnya akan mendekatkan lagi hubungan kita dan Allah. semakin tinggi kita belajar.. semakin kita sedar betapa kerdilnya kita, betapa luasnya ilmu Allah..

p/s: jika mahu kaya sila dapatkan dengan cara yang baik ye.. cara yang halal. jangan tipu kanan, tipu kiri.. dimana keberkatan nya?