Sunday, June 27, 2010

:: tekanan ::

kebelakangan ini saya sering berasa sakit kepala.. keadaan seringkali berterusan sehingga saya terpaksa untuk melelapkan mata untuk seketika.. mungkin ini adalah kerana keadaan hidup yang agak menegang dan memerlukan saya untuk pengurusan masa dan prioriti untuk membuat sesuatu.. hidup saya tidaklah terlampau sibuk kerana saya tidak perlu untuk berkejar ke sana ke mari.. tapi himpitan tanggungjawab dan komitmen yang saya cuba untuk laksanakan sekarang telah menyebabkan otak saya tidak berhenti untuk berfikir... kadanagkala saya merasakan kepala seperti mahu pecah... atau mungkin saya boleh nyanyikan....

..... Que Sera, Sera...Whatever will be, will be...The future's not ours, to see...Que Sera, Sera....What will be, will be.....

tapi pengajaran dari kesah lalu mengajar saya supaya jangan terlalu berserah pada keadaan dan masa.. kita mampu sebenarnya melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan,, tuhan sendiri menyuruh kita untuk terus berusaha.. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan mereka mencuba untuk merubahnya.. dan setiap usaha itu pasti akan ada halangan... (berceramah pulak saya ini)

disini mari saya kongsikan sedikit tanda-tanda seseorang itu mengalami tekanan perasaan..

Antara tanda seseorang itu mengalami tekanan perasaan ialah:

  1. Apabila seseorang itu sering berasa gementar, berpeluh, sakit kepala, bernafas laju, cepat letih, kerap buang air kecil & besar, kurang selera makan & juga mudah mendapat penyakit seperti penyakit asma, sakit belakang, & juga masalah penghadaman.
  2. Tanda-tanda seseorang mengalami stress juga boleh dikesan melalu psikologikal yang ditunjukkan seperti mudah berasa bimbang, keliru, kurang daya tumpuan, sukar kawal diri, sukar hendak tidur, perubahan emosi seperti sering berasa kecewa, mewujudkan permusuhan, rasa tidak berdaya, cepat marah, & lemah semangat.
  3. Mengalami gangguan fikiran. Individu yang mengalami tekanan perasaan ini sukar untuk membuat keputusan, kurang berminat terhadap aktiviti-aktiviti harian yang sering dilakukan & individu ini juga sering sahaja berfikiran negatif terhadap banyak perkara.
  4. Bagi individu yang mengalami tekanan perasaan juga sering menunjukkan melalui tingkah lakunya apabila melakukan sesuatu. Individu ini sering bercakap dengan kuat & cepat, sentiasa menguap, suka menggigit jari, mengetap bibir, kerap menggerakkan jari, mudah berasa letih, terlalu bergantung kepada orang lain, bertindak secara tidk logik & ada kalanya terlalu beremosi terhadap sesuatu perkara tersebut.
Dalam jangka masa panjang, stress boleh memberi kesan yang teruk kepada diri kamu. Kamu perlu mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini, sekiranya tidak, ia akan memberi kesan kepada diri. Antara kesannya ialah:

  • Mudah keletihan & cepat penat
  • Kekecewaan
  • Hilang semangat (burn out)

Friday, June 18, 2010

:: Moments are for life ::

perbincangan dengan seorang best buddy berkenaan rancangan hidup masa depan telah mengubah corak pemikiran saya.. yes! saya akui... saya perlu melipatgandakan usaha saya untuk masa depan.. mungkin sekarang hidup saya tidak pernah susah lagi.. just nice.. tapi apakan terjadi andainya suatu hari saya tiba2 berada di bawah.. mampukah saya memanjat semula naik ke atas??

membincangkan segala benda yang diperlukan dalam kehidupan sebelum mengakhiri zaman bujang memang memenatkan.. berfikir untuk memantapkan diri dari segi ekonomi,sosial,dan juga ilmu supaya tidak terkandas di belakang.. supaya apabila berjumpa dengan kawan2 saya tidak segan untuk bertanya "kau ada??" dan mungkin saya mengabaikan satu lagi aspek.. tolak ansur dalam perhubungan dan kehidupan.. tidak dinafikan saya ini agak pentingkan diri sendiri... saya lebih suka mengejar impian saya daripada saya memenuhi impian orang lain...

saya belajar rezeki kita masing2 telah tuhan tetapkan.. rezeki masing2 kata best buddy saya.. tapi pada saya rezeki yg tuhan tetapkan pada diri kita masing2 tidak kita ketahui.. jadi apa salahnya kita bermati-matian mengejar rezeki yang tuhan nak beri.. mungkin juga rezeki yang tuhan nak beri adalah lebih dari apa yang kita da sekarang.. cuma usaha dari kita sahaja yang membawanya tidak kemana...

namun saya akui... saya tidaklah terlalu mengejar rezeki sehingga saya melupakan saat2 bersama2 rakan dan keluarga.. saya masih mahu bersenda ria,bergurau senda, enjoy every little moments in life.. sebab itu lebih berharga dari nilai ringgit yang saya dapat... Remember.. Moments are for life...and there is no price tag on it.. =)

saya amat berterima kasih kepada mereka yang hadir di sekeliling saya dalam hidup saya.. menceriakan dan mewarnai kehidupan saya... kepada rakan-rakan di luar sana yang selalu bersama saya.. setiap langkah saya bersama anda semua tidak akan saya lupakan.. begitu juga dengan rakan-rakan alam maya (Fb terutamanya) sudah lama tidak ketemu kalian semula.. tapi kenangan bersama anda tetap segar di ingatan saya.. terima kasih kerana menemani setiap malam-malam sepiku,menemani saya menghabisi kerja dan menelaah... gurauan alam maya banyak warnanya........ dan ia sungguh indah dengan tone nya..


Monday, June 14, 2010

:: rejab datang lagi ::

Salam sejahtera saudara-saudari seIslam semua,

1. Senyum itu adalah sedekah. Maka bersedekahlah kepada kaum muslimin-muslimah semua.
2. Bertasbih dan berwirid itu akan menentukan "landscape" kediaman kita diakhirat kelak,amalkan dengan ikhlas.
3. Hidup ini sebenarnya mimpi. Kehidupan sebenar adalah di Akhirat.
4. Mati syahid dalam keadaan mencari ilmu kerana ianya adalah perjuangan kaum Muslim

FADILAT BULAN REJAB

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W.

WASSALLAM.