Friday, February 25, 2011

:: you think to much!::

pernahkah dalam kehidupan korang.. tiba2.. satu ketika semua kesilapan dan kesalahan yang pernah korang lakukan melayang di ingatan.. satu demi satu tertayang semula.. sampaikan korang tertanya2.. owh adakah itu telah membuatkan mereka itu terasa tersinggung?? atau tiba2 korang rasakan maseh sempatkah korang untuk menebus kesalahan....

sy sering terfikir... sebanyak mana lagi masa yang ada yang tuhan berikan pada sy untuk sy menikmati hidup.. untuk mencari sebanyak ilmu yang mungkin-harta yang mungkin-warisan kepada mereka yang akan datang pada hari akan datang... atau sy hanya akan berlalu sekadar tanpa meninggalkan apa2? adakah tuhan akan beri sy peluang hidup yang singkat ini untuk sy menikmati segalanya...

atau mungkin sy punya kesilapan yang tidak mungkin tertebus.. yang hanya akan sekadar bermain di ingatan sepanjang hidup sy??

dan sesungguhnya apabila memikirkan masa depan dan mungkin peluang apakah lagi yang sy ada.. sy menjadi begitu takut! adakah bahagia hidup sy dimasa depan?? atau derita menanti?? atau adakah sy ini golongan yang diuji dengan kelimpahan nikmat atau sy ini golongan yang akan diuji dengan musibah dan kesengsaraan.. dan adakan sy diberi petunjuk oleh Allah untuk sy mensyukuri segalanya???

"Ya allah...ya rabb.. sempurnakanlah cahaya keatas sy.. dan ampunilah segala dosa2 sy.. sesungguhnya ya Allah.. engkaulah maha berkuasa di atas segala sesuatu"

Monday, February 21, 2011

:: memetik daun sirih ::

sementara menunggu subuh sy berfikir berkenaan masa depan.. dan juga masa silam.. bermuhasabah diri yg selalu saja tak munasabah.. ade ke patot??

demi waktu... sy selalu saja selalu yang dikejar tak dapat yg dikendong keciciran.. dalam memilih cinta sejati pun sama.. kenapa dalam hantaran org melayu misti ade tepak sirih dan sireh junjung.. itu sering jadi pertanyaan sy??

baiklah.. sila tengok kepada bentuk sirih itu sendiri..

jadi untuk memetik daun sirih ni bukan senang.. sebab kalau di kampung sy.. banyak pantang larangnya.. antaranya.. hanya yang berkenaan saja yang dibenarkan pergi memetik.. selalunya kanak2 memang dilarang sama sekali.. mungkin kerana kanak2 itu tidak pandai memilih daun sirih yamg boleh dimakan atau yg masih muda atau yang ssudah tua keras... tapi nenek sy selalu saja bertempik nila kami nk mengutip daun sirih.. katanya berhati2 lah semasa di perdu pokok sirih.. takut ada cik ular yang setia menunggu....

dan specifik day n time only untuk kerja2 memetik ni.. kalo dah senja tu memang tidak dapat lah nak pergi memetik.. setan banyak masa tu.. =) sama juga kalo nk pergi dating.. malam memang dah tak diizinkan sudah...

dan masa memetik tu tak boleh petik banyak2.. ada limited counts untuk bilangan petikan daun sirih ini.. so kena bersabar dan pelan2.. hari ni kutip sikit esok tambah lagi sikit.. so masalah le kalo nk cari daun sirih tuk buat sirih junjung.. perlu bilangan yang banyak... mungkin takut pokok tu terkejut.. tak sempat nk kuarkan pucuk yang lain tuk kegunaan masa depan.. atau juga pokok tu merajuk lalu mati.. kikikiki...

begitulah diibaratkan untuk mencari cinta..

love
... kena banyak bersabar... hadapi pantang larang dan dugaan yang mendatang... insyaAllah andai itu takdirnya.. andai itu cinta sejati.. andai itu jodohnya.. akan ketemu juga.. kita manusia sekadar merancang.. tuhan juga yang tentukan segalanya...

Thursday, February 10, 2011

:: ora et labora ::

semalam sy sempat ber "chatting' dengan seorang teman.. sahabat.. pada mulanya hanya sekitar masalah PC sy yang selalu hang/crash.. terutama apabila sign in YM dan ketika nk log off pc.. begitu lah ye.. pc dan laptop sy kebanyakan nya bermasalah.. nak servis sendiri tak pandai.. nampak gaya kena cari bf technician ni.. kikikiki

kemudian perbualan berkisar bisnes masing2.. haih~ begitulah apabila orang mata duitan bertemu dan berbual.. seronok sekali berbual dan bertukar pandagan serta tunjuk ajar dari die.. naik panas mata sy sewaktu membaca apa yang die coretkan... naikkan semangat!!!

business is risk, risk is money, business is money... katanya!

dalam business kite kena kuat. kena bermuka tebal, kena kental! jangan malu2 kucing.. jangan ajak2 ayam.. kena serius.. sy setuju dengan kata2 beliau.. dalam hidup ini kena serius.. bagi sy sekarang buka lagi masa yg sesuai untuk sy enak berpoya2 atau menangisi kegagalan yang sudah2.. kena bijak cari kawan.. bergaul dengan mereka yang berjaya.. bergaul dengan mereka yang punya wawasan dan berfikiran positif!

apa yang penting F.O.K.U.S

ora et labora!

itu lah kata2 peransang beliau sejak dulu lagi.. berdoa dan berusaha.. InsyaAllah berjaya dengan keberkatan.. berjaya dengan senyuman dunia dan akhirat.. kadang2 kita melangkah dan tersadung.. tapi tidak bermakna kita akan terus terjelepok! bangunlah!! mendaki gunung itu.. enjoy the jorney to the top! business is fun!! business adalah jalan yang paling baik untuk membuat duit.. sesuai dengan sunnah nabi "9/10 daripada rezeki kekayaan adalah daripada berniaga" ayuh!! kita sahut sunnah Rasulullah SAW. kita buktikan kita Melayu juga mampu maju.. bukan sekadar menjadi kuli di bumi sendiri..

dalam perjalanan hendaklah selalu beramal di jalanNya dengan rezeki yang Allah kirimkan.. kerana kita yang berduit/berjaya ini adalah medium yang Allah pilih untuk salurkan pertolongan dn rezeki dariNya...

apa yang penting F.O.K.U.S dengan T.A.R.G.E.T diri kita.. jangan biarkan kita hanyut dengan langkah yang melelong.. kena tetapkan pendirian.. self esteem kena kuat.. carilah mentor yang dapat kite refer setiap kali kite dilanda masalah.. atau mentor yg akan turut bergembira setiap kali usaha membuahkan hasil.. itulah sahabat dunia dan akhirat.. itulah saudara dunia dan akhirat.. bukan mereka yg mula mencaras.. apabila melihat kita mula berjaya.. banyak mata2 jahat di luar sana yang biasanya akan berdukacita dengan kegembiraan orang lain.. bak kata sy.. bukan semua orang akan gembira melihat kita gembira!

jangan membuang2 waktu dengan berpoya2.. jangan membuang waktu dengan rancangan yang hanya sekadar perancangan.. we will run off if we dun make a move even we are on the right track!! so berusaha.. anda mampu lakukannya.. setiap oran gmampu lakukannya.. apa yang penting.. cungkillah setiap apa yang ada dalam diri kita.. kebolehan.. bakat.. kegigihan.. semangat... diri tanpa semangat ibarat jasad tanpa nyawa!

carilah rezeki di bumi tuhan ini seperti mana kamu akan hidup seribu tahun lagi.. wariskan kebaikan kepada anak cucu kita supaya mudah mereka memanjangkan kebaikan/beramal di jalannya kelak.. dan mohonlah keampunan/beribadat seperti kamu akan mati keesokan hari.. seimbangkan dunia dan akhiratMu.. insyaAllah.. Allah akan membantu..

betulkan niat... jangan jadi seperti sy.. setiap kali sy tersadung selalu sy katakan.. jika sy tidak berjaya.. adakah si dia akan terus di sisi sy.. kikikiki... terpesong habis niat sy! kerana dia sy berdiri bukan kerana DIA.. tp dia adalah sumber inspirasi/motivasi sy.. dan Dia adalah destinasi sy.. insyaAllah sy dan dia akan sama2 melangkah menuju jalanNya kelak.. doa2 kan.. phewwwwwwww.. (dan lagi!)

"Ya tuhanku, berilah sy petunjuk agar sy dapat mensyukuri nikmat yg telah engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua org tuaku dan agar dapat sy berbuat kebajikan yg engkau redhai,dan berilah sy kebaikan yg akan mengalir sampai kpd anak cucuku. sungguh sy bertaubat kepada engkau dan sungguh sy termasuk org muslim( yg tunduk patuh kepadaMu)." (al-ahqaaf,15)