Saturday, November 5, 2011

:: kelebihan bulan zulhijjah ::

sy masih tertanya2 kenapa kawan sy berpuasa pada bulan zulhijjah ini.. teringin juga nk search kelebihannya.. dan hari ni setelah 9 zulhijjh barulah sy ada masa untuk search!! Ya Allah!!! mungkin tiada rezeki sy untuk beramal pada tahun ini.. tahun depan InsyaAllah...
(
di copy dari blog yg sy baca)

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).

Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya;

HARI
KELEBIHANNYA
1 ZULHIJJAH kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa
berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.
2 ZULHIJJAH doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH
doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya
4 ZULHIJJAH Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
5 ZULHIJJAH Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 ZULHIJJAH Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,
barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
7 ZULHIJJAH pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8 ZULHIJJAH, Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.
9 ZULHIJJAH turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang
10 ZULHIJJAH adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada
Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

Abil-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Ubaid bin Allaitsi berkata;

Sesungguhnya Allah telah menghadiahkan kepada Nabi Musa bin Imraan alaihissalam "lima doa" untuk dibaca pada hari-hari sepuluh yang dibawa oleh Malaikat Jibril a.s.


Lafaz Doa (Harap dapat dirujuk kepada yang ahli/biasa dengan doa-doa ini.
Makna/Pengertian
1 La ilaha illallahu wahdahu laa syarakalahu, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumiitu wahawa hayyun laa yamutu biyadihil khairu wahuwa ala kulli syai'in qodier Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal dan tiada bersekutu, semua milik/kerajaan dan pujian adalah HaqNya dan Dia Hidup tidak mati.
2 Asyhadu an laa ilaha illallahu wahdahu la syarika lahu, ilaahan waahidan ahadan shomadan lam yattakhiz sho hibatan walaa waladan Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu, Tuhan Yang Tunggal, Yang Dibutuhkan, Yang Tidak Berkawan dan Tidak beranak.
3 Asyhadu anlaa ila haillallahu wahdahu laa syariikalahu ahadun shomadun lam yalid walam yakullahu kufuwan ahad. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa, Satu dan sangat dihajatkan, tiada beranak dan tiada diperanakkan, dan tiada bandingan sesuatu apa pun.
4 Asyhadu anlaa la haillallahu wahdahu laa syariikalahu mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa hayyun laa yamuu tu biyadihil khoiru wahuwa 'ala kulli syai'in qodier. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu, baginya kerajaan dan pujian, menghidupkan dan mematikan, dan Dia Hidup tidak mati, di TanganNya semua kebaikan, dan Dia di atas segala sesuatu Maha Berkuasa.
5 Hasbiyallahu wakfa sami'allahu liman da'aa laisa waraa allahi muntahi. Allah telah menjamin aku, dan cukup Allah telah Mendengar tiap-tiap siapa yang berdoa, Tidak ada selain Allah tempat meminta dan berhajat.

Juga tersebut bahawa doa-doa dan kalimah ini diturunkan di dalam Injil, dan orang-orang Hawariyyun menanyakan fadhilah kalimah-kalimah ini kepada Nabi Isa a.s.; maka diterangkan kepada mereka fadhilah dan pahalanya yang tidak dapat dihitung oleh orang yang membacanya pada hari-hari sepuluh(dari 1 hingga 10 Zulhijjah).

Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah

Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:

  • 1. Berkat pada umurnya
  • 2. Bertambah hartanya
  • 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
  • 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
  • 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
  • 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
  • 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
  • 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
  • 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
  • 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
Amalan Di Bulan Zulhijjah
HARI
AMALAN
1 hingga 9 Zulhijjah Sunat berpuasa
8 Zulhijjah Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat
9 Zulhijjah
(Hari Wukuf di Arafah)
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji,
  • Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
  • Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..
  • Solat sunat qabliyah asar
  • Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali
  • Membaca Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.
  • Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib
  • Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...
  • Solat sunat tasbih
  • Solat sunat hajat
  • Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali
  • 10 Zulhijjah
    Hari Raya Haji/Korban
    Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir
    Melakukan korban
    11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik) hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
    29 atau 30 Zulhijjah Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.

    Sunday, October 3, 2010

    :: doa itu ibarat cermin ::

    semalam sy tidak dapat tidur kerana ada perkara mistik yang berlaku di rumah sy.. tingkap bilik bacaan sy di tinkat atas ditutup dari luar.. sungguh terkejut sy ketika itu.... (sikit pun sy tidak takut) sy menghabiskan masa semalaman berborak dengan seorang teman.. sekadar perbualan kosong mengenai masa silam dan masa depan...

    tapi sy begitu terkejut apabila beliau menceritakan mengenai cintanya yang baru putus di tengah jalan setelah hampir 4tahun bercinta.. bagi sy itu perkara biasa. bersyukurlah kerana dia pernah menikmati apa erti cinta dan dicintai.. menyanyangi dan disayangi.. namun sy sedikit terkilan apabila beliau mengeluarkankata-kata yang kurang elok berkenaan bekas kekasih hatinya.. benar kata orang andainya ingin melupakan seseorang sila ingat-ingatkan sesuatu yg teruk yang pernah beliau lakukan.. kenang-kenangkan keburukan dan anda akan dapat menimbulkan kebencian.. namun sejauh mana beliau mahu menidakkan hakikat.. beliau maseh mencintai bekas kekasihnya?? maseh berharap andai ada peluang untuk kembali bersama.

    namun sy hanya mampu berkata kepada beliau. bersabarlah.. kerana apabila kita dilebihkan Allah dalam sesuatu pasti Allah akan menguji kita dalam suatu aspek lain pula.. dan sy katakan padanya... "tidak perlu lah mengutuk si dia sehingga sebegitu rupa.. ntah2 kejayaan awak pada hari ini berkat doa daripada si dia juga.. siapa tahu kan??"

    kerana sebelum sy melelapkan mata sy akan mendoakan kehidupan orang yang sy sayang. mendoakan si dia bahagia walaupun kebahagiaan dia bukan bersamaa sy.. mendoakan kejayaan si dia dan mendoakan andai si dia bukan yang terbaik untuk sy.. Allah akan temukan si dia bersama cinta sejatinya yang akan membahagiakannya hingga ke akhir hayat.. bukan kah melepaskan orang yang kita sayang adalah dengan cara mendoakan kebahagiaan untuknya??.. merelakan kepergiannya dengan ikhlas supaaya apabila orang yang kita sayang bahagia kita akan turut berbahagia.. dan apabila mereka dalam kesakitan kita turut berasa keperitan.. sesungguhnya itulah yang sy pelajari........... dengan mencintai seseorang...

    kerana sy percaya. kta-kata itu adalah doa.. dan doa itu adalah cermin.. apa yang kita doakan atau katakan akan berbalik pada diri kita.. baik kata-kata dan doa kita maka baiklah jalan kehidupan kita.. doa adalah suatu ketetapanatau janji kita kepada Allah dan sebenarnya kita sedang belajar untuk membentuk diri kita melalui doa.. (,")Vpeace!

    "Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan"

    Wednesday, September 29, 2010

    :: diam itu lebih bagus ::

    diam sy tidak bermakna sy tidak mengambil tahu
    diam sy tidak bermaksud sy bersetuju dengan apa yang telah belaku

    seringkali orang2 sekeliling sy menyatakan sy jenis tidak mengambil peduli dengan keadaan sekitar.. tidak langsung peduli dengan apa yang berlaku.. terlalu membuat hal sendiri.. sampaikan menjadi terlalu pentingkan diri.....

    sy tidak nafikan dalam famili saya adalah orang yang paling tidak banyak cakap.. sy banyak membuat hal sendiri.. sy banyak memerhati.. kadangkala sy rasakan sy tidak perlu berkata apa-apa kerana sy jelas tidak sependapat dengan apa yang berlaku.. jadi baiklah saja sy berdiam diri.

    sy bukanlah jenis yang apabila melakukan sesuatU dan mencanagkan seluruh kerajan bumi telah dilakukan.. atau telah dipeolehi.. bagi sy semua itu tidak perlu dicanang2 kan.. tengok aje dah cukup.. dan tengok aje orang da bisa mengerti kot.. jadi tak perlu lah sy nk canang2 kan apa yang sy ada dan apa yang sy lalui.. diam cukup. urusan sy biar sy sendiri selesaikan.. diam cukup.. hidup sy biar sy sendiri yang ceritakan.. sy tidak peRlukan sapa2 sebagai CNN sy.. sy tidak perlukan sapa2 untuk sibuk2 menjadikan sy sebagai subjek perbualan.. apa dia dapat kalau buat itu?? sy tak ada banyak duit untuk membayar gaji...

    sy tidaksuka apabila sy dijadikan subjek perbualan dalam kehidupan orang lain. sy sangat tidak suka.. jadi tidak perlu lah.. mencari kawan2 sy atau mencari sanak saudara sy lalu bergosip mengenai diri sy.. diam cukup...

    "jangan menyebok boleh???"

    sebab anda bukan siapa2 dalam hidup sy.. anda bukan siapa2 untuk berlagak tahu setiap sesuatu yang berlaku... ada sesuatu yg perlu kita simpan sendiri dan kita uruskan sendiri

    -----hidup sy biar sy yang tentukan. hidup sy untuk sy aje-----

    anda bukan sesiapa dalam hidup sy... so stay away.

    Friday, September 3, 2010

    :: 100 places i should visited b4 i die ::

    1.the grand canyon,Arizona,usa

    2.great barrier reef,

    3.Florida

    4.south island

    5.cape town

    6.golden temple

    7.las Vegas,usa

    8.Sydney

    9.new york,usa

    10.taj mahal,india

    1. Uluru-Ayer rocks aussie

    2. Chichen itza-Mexico

    3. Manchu Picchu-Peru

    4. Niagara Falls,Usa

    5. Petra-Jordan

    6. 16the Pyramids,Egypt

    7. Venice Italy

    8. Maldives

    9. Great Wall og china

    10. Victoria falls,zimbabwe

    11. Hongkong

    12. yosemite national park usa

    13. hawaii

    14. auckland

    15. Iguassu Falls

    16. paris-the Louvre,Notre Dame,Eiffel tower

    17. Alaska-aurora borealis

    18. angkor wat-cambodia

    19. himalayas-nepal

    20. rio de janeiro-brazil

    21. masai mara-kenya

    22. galapagos islands-ecuador

    23. luxor egypt

    24. 34.rome

    25. san francisco,california

    26. barcelona

    27. dubai

    28. singapore

    29. La Digue-seychelles

    30. sri lanka

    31. bangkok

    32. barbados-caribbean

    33. iceland

    34. terracotta army-china

    35. zermatt switzerland

    36. angel falls-venezuela

    37. Abu simbel-egypt

    38. Bali

    39. french-polynesia

    40. kinabalu mount,malaysia

    41. amsterdam,netherland

    42. japan-zen garden-kyoto,hiroshima,the golden pavilion

    43. korea-jeju island

    44. chamarel,mauritius-incredible colour earth

    45. bucharest romania

    46. cox;s bazar bangladesh

    47. havana-cuba

    48. coral reef off tobago

    49. Liima-peru

    50. st petersburg russia

    51. greece-santorini island,acroplolis,parthenon,meteora

    52. Loch Ness,scotland

    53. argentina

    54. chicago usa-tribune tower,wringley building,wringley field

    55. vancouver-canada

    56. old faithful in yellowstone national park,wyoming

    57. Aswan and the old cataract hotel-egypt

    58. mansarobar lake-tibet

    59. egypt-white desert,siswa oasis

    60. crystalline mountain- himalaya

    61. ras mohammed

    62. Fjord bay-egypt

    63. turkey-cappadocia,olympos,yanartas,ephesus &pammukale

    64. aussie-queendsland,sydney opera house

    65. stapleford,nottingham UK

    66. spain-camino de santiago,alhambra-granada

    67. portugal

    68. austria

    69. germany-bavaria, neushwantein castle,berlin

    70. morocco

    71. romania-count dracula's castle

    72. Findland santa's village

    73. Papua new guinea

    74. 84. new zealand

    75. Palymra,syria

    76. mesa verde-usa

    77. pompeii

    78. tikal peten,guatermala

    79. easter island

    80. italy-uffizi gallery,pantheon

    81. tanzenia-serengeti, mount kilimanjaro

    82. fallingwater-pennsylvania

    83. china-yangtze river,shanghai

    84. myanmar-pagan

    85. dead sea-jordan

    86. stonehenge-england

    87. pyramid of the sun and moon

    88. the plitivice lake-croatia

    89. bimini island

    90. Makkah


    **** ini adalah perkongsian tempat2 yg saya ingin lawati sebelum sy pergi meninggalkan dunia ini.. sekadar perancangan.. tuhan juga yg menentukan segalanya...