Salam sejahtera saudara-saudari seIslam semua,
1. Senyum itu adalah sedekah. Maka bersedekahlah kepada kaum muslimin-muslimah semua.
2. Bertasbih dan berwirid itu akan menentukan "landscape" kediaman kita diakhirat kelak,amalkan dengan ikhlas.
3. Hidup ini sebenarnya mimpi. Kehidupan sebenar adalah di Akhirat.
4. Mati syahid dalam keadaan mencari ilmu kerana ianya adalah perjuangan kaum Muslim
FADILAT BULAN REJAB
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"
Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W.
WASSALLAM.
Monday, June 14, 2010
:: rejab datang lagi ::
Posted by tuantanah at 6/14/2010 02:35:00 PMMonday, April 26, 2010
:: broke the deal ::
Posted by tuantanah at 4/26/2010 04:08:00 AMso mari kita tengok.. apakah itu memungkiti janji..
Perjanjian sesama insan adalah ibarat hutang yang perlu ditunaikan dan tidak boleh dipandang ringan,kerana perbuatan memungkiri janji amat dimurkai oleh allah s.w.t.Orang yang berakhlak mulia ialah yang bersifat amanah dan sentiasa menepati janji-janjinya.Manakala pecah amanah dan tidak menepati janji pula adalah tanda merosotnya iman dan menyebabkan jauh diri daripada takwa.Firman Allah s.w.t seperti yang tersebut dalam surah al-baqarah sebahagian daripada ayat 177:
“Dan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji”.
Ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang menepati janji dan menyempurnakannya adalah bukti orang yang beriman dan bertakwa.
Kaum muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Secara umumnya,janji adalah wajib ditepati dan ia merupakan tuntutan syarak.Dihari akhirat kelak,setiap manusia akan ditanya tentang janji yang telah mereka lakukan semasa hidup didunia ini. Firman Allah dalam surah al-isra’ ayat 34:
“Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim,melainkan dengan cara yang terbaik (untuk mengurus dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa,serta layak mengurus hartanya dengan sendiri).Sempurnakanlah perjanjian (dengan allah dan dengan manusia) sesungguhnya perjanjian itu akan dipertanggungjawabkan”.
Perbuatan memungkiri janji adalah suatu perkara yang tidak disukai oleh semua orang.Malah orang yang mungkir janji juga pasti tidak suka jika orang lain mungkir janji kepadanya.
Kaum muslimin yang berbahagia,
Sesungguhnya islam amat mengambil berat dalam soal janji,samada janji antara seorang muslim dengan yang lainnya atau janji seorang hamba dengan allah s.w.t.Betapa beratnya perbuatan tidak menepati janji sehingga telah digambarkan oleh rasulullah s.a.w sebagai menyamai salah satu sifat orang-orang munafik.
Sabda rasulullah s.a.w:
“Tiga perkara apabila seseorang itu memilikinya,maka dia dianggap munafik sekali pun dia berpuasa dan sembahyang dan menganggap dirinya muslim,iaitu apabila berkata-kata dia berdusta,apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diamanahkan dia mengkhianati”.
Berdasarkan hadis tersebut,dapatlah difahami bahawa sekiranya kita sebagai umat islam memungkiri janji,maka sudah tentulah kita juga tergolong dalam kalangan orang yang memiliki sifat-sifat orang munafik.Perlu diingat dan diketahui bahawa sifat munafik itu adalah sifat yang sangat keji dan balasannya pula amat berat sebagaimana firman allah s.w.t:
“Sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah daripada (lapisan-lapisan didalam)neraka, dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka (yang dapat membebaskan mereka dari neraka)”.
(An-Nisa’ ayat 145)
Memandangkan janji itu suatu amanah dan mungkir janji itu pula perbuatan orang munafik dan berdosa besar,maka islam sebagai agama yang sempurna telah menentukan adab-adab yang perlu diikuti apabila membuat janji.Diantara adab tersebut ialah mengucapkan lafaz “Insya-Allah” apabila berjanji.Suruhan ini telah dijelaskan oleh allah s.w.t dengan firmannya didalam surah al-kahfi ayat 23-24:
“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan),bahawa aku akan lakukan yang demikian itu kemudia nanti”.Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata):”Insya-Allah”.Dan ingatlah serta sebutkan akan tuhanmu jika engkau lupa,dan katakanlah :”Mudah-mudahan tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang daripada ini”.
Pada masa kini, perkataan “insya-Allah” telah disalah gunakan oleh segelintir masyarakat.Lafaz insya-Allah digunakan sebagai alasan untuk sengaja tidak memenuhi janji.Kita perlu menyedari bahawa penggunaan lafaz insya-Allah itu adalah suruhan allah dan rasulnya ketika berjanji.Oleh itu,setiap kali kita melafazkan insya-Allah, hendaklah disertai dengan azam untuk menunaikannya,agar kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang munafik.
Setiap janji mestilah ditepati,samada janji manusia sesama manusia atau janji manusia dengan Allah.Jadikanlah ungkapan insya-allah itu sebagai azam untuk menepati janji dan menyempurnakannya.
Jadikanlah diri kita orang yang bertakwa dan berpegang pada janji ,bukannya orang yang memungkiri dan mengkhianati janji.Mudah-mudahan kita menjadi insan yang sentiasa beroleh rahmat dan hidayah allah s.w.t,bahagia hidup didunia dan diakhirat.
“(Ingatlah ) ketika allah mengambil perjanjian setia daripada orang yang telah diberikan kitab (iaitu):”Sesungguhnya!,hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya”. Kemudian mereka melemparkan janji itu kebelakang mereka,serta mereka menukarnya dengan harga yang sedikit.Maka amatlah buruk apa yang mereka dapat daripada penukaran itu”.
"Ya-Allah,engkaulah tuhan yang maha berkuasa,kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor,sebagai negeri yang maju dan sejahtera.Justeru kami pohon kehadratmu ya-Allah,tetapkanlah iman kami,tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami,murahkanlah rezeki kami,kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat,suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia,kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engaku redhai,lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar,kemarau panjang,wabak penyaklit,persengketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian,negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat"
Thursday, April 15, 2010
:: musuh no 1 saya ::
Posted by tuantanah at 4/15/2010 04:23:00 AM"Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada rasa RESAH GELISAH dan dukacita, aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, aku berlindung dengan-Mu daripada sifat penakut dan bakhil, aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan orang lain.."
Tabiat buruk ini ada pada semua orang. Bertangguh adalah pencuri masa dan umur seseorang.
Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka . Pada kali ini saya ingin mengajak para pembaca mengetahui sebab mengapa sikap tangguh wujud dalam diri kita.
Kenapa kita bertangguh?
1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita
2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan
3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah
4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar
5) Tidak ada perancangan yang baik
6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri
7) Kita takut untuk berubah.
8) Kita takut gagal
9) Matlamat tidak jelas
10) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai
11) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.
12) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat
13) Melayan sikap malas
14) Amalan tabiat kerja last minutes
15) Kurang dorongan
16) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian
17) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius
18) Tiada semangat yang jitu dan mantap
19) Tabiat tidak menghargai masa . masa yang dibazirkan sama dengan umur yang dibazirkan .MASA ADALAH NYAWA ANDA!
p/s:ini adalah artikel yang sempat saya baca semasa bersiar-siar di internet..
Wednesday, April 14, 2010
:: kita kena yakin ::
Posted by tuantanah at 4/14/2010 01:07:00 AMSebenarnya konsep keyakinan ini telah kita miliki dan menggunakan sepenuhnya semasa kita mula-mula hendak belajar berdiri dan berjalan.Keyakinan diri adalah merupakan sesuatu yang tumbuh dalam diri secara beransur-ansur. Dalam proses belajar berjalan kita bermula dengan terbalikan badan . Apabila kita mula meniarap, seterusnya mula mengesot, merangkak dan seterusnya kita mula berdiri dan berjalan setapak demi setapak dan pada waktu itu kita sering kali tersungkur dan terjatuh. Namun kita tidak pernah berputus asa. Kita terus bangkit, mencuba dan terus mencuba dan akhirnya kita dengan megahya boleh berjalan malah boleh berlari dan melompat.HEBAT!!!
Apakah kita tidak pernah mengambil pelajaran dan iktibar dari sentuhan kejayaan yang telah kita perolehi sejak dari kecil lagi?
Kita selalu mengeluh bahawa :AKU TIDAK YAKIN.
Petua yang ingin dikongsi bagi membina keyakinan diri ialah:.
1) Kenali diri anda seadanya. Perhatikan kekuatan anda dan juga kelemahan anda. Buang mana-mana sikap negatif dan kembangkan kekuatan diri dari masa ke semasa. Jangan terlalu fokuskan kelemahan diri sehingga kita merasakan kita amat lemah.
2)Terima diri kita seadanya tanpa syarat. Jangan kita nmembandingkan diri kita dengan orang lain. Terima diri kita walau apapun. Mana yang tidak boleh diubah misalnya ketinggian atau rupa paras maka kita sedia dan menyayangi diri kita. Kita mungkin boleh ubah dari aspek penampilan diri misalnya dalam berpakaian, cara komunikasi yang meyakinkan , kegemukan badan dan cara kita bersosial.Setiap orang tidak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Kebanyakkan kita memandang diri sendiri dari perspektif yang negatif.
3) Amalkan bual diri yang positif dengan banyak menyatakan kesyukuran atas limpah kurnia Allah yang tidak terhitung banyaknya. Katakan selalu Aku mesti melakukan . Aku mampu untuk lakukan . Ingat keyakinan tumbuh membesar secara beransur-ansur. Kita perlu buat dan mengalami peristiwa berkenaan dan dari masa ke semasa kita akan pasti meningkatkannya. Katakan Aku ada keupayaan dan kemampuan dan aku pasti boleh lakukan. Aku akan terus belajar dan buat hingga berjaya. Orang lain boleh lakukan, aku juga pasti boleh lakukan.
4) Lebih kerap bergaul dengan rakan-rakan yang berjaya dan hindarkan diri dari orang yang boleh menghancurkan dan sebarkan racun minda pada diri anda. Belajar bagaimana rakan anda boleh berjaya dari aspek perancangan, azam. kegigihan, cara dia bergaul dan apa sahaja yang boleh anda jadikan panduan membina keyakinan diri.
5) Iktiraf ,akui dan hargai setiap kejayaan yang telah anda ciptakan walaupun sekecil mana pun. Hadiahkan diri anda bila capai kejayaan misalnya pernyataan syukur pada Allah, puji pada diri sendiri seadanya, belanja makan pada diri,beli hadiah walaupun kecil pada diri sendiri. yang lebih baik ialah raikan kejayaan anda bersama ahli keluarga dan rakan taulan.
6) Imbas kembali semua kejayaan anda. Dalam keadaan tenang dan santai cuba ingat kembali sebarang kejayaan yang telah anda cipta. Gunakan kekuatan penglihatan dalaman, pendengaran dan dimasukkan pengalaman manis emosi sewaktu berjaya. Dan tambahkan dengan gambaran mental kejayaan yang anda inginkan pada masa hadapan dengan merasakan seolah-olah anda telah pun mengalaminya. Rasakan kegembiraan dan keseronokkan tersebut dalam mengiktirafkan kemampuan dan kebolehan anda. Ulang dan ulang sekerap mungkin supaya ianya akan tersimpan dalam minda bawah sedar untuk dibina satu kepercaayan dan tanggapan yang positif bagi diri anda.untuk sentiasa berada di puncak. ( Saya suka melakukan amalan ini dengar mendengar muzik yang santai
dan relak.)
7) Elakkan diri daripada hanya mementingkan kesempurnaan. Ingat keyakinan tumbuh secara beransuru-ansur. Anda lakukan perkara yang anda ingin lakukan. Dalam proses tersebut memang ada kekurangan. Ingat selagi anda terus lakukan dan menilai semula amalan anda dan terus lakukan anda akan capai pada kesempurnaan yang anda harapkan.
Ianya seperti menanam sebatang pohon sebelum memetik buahnya.
8)Perbaiki kemahiran komunikasi anda . Belajar dan amalkan komunikasi secara efektif dan amalkan selalu. Jadi pendengar yang baik dan bila ada peluang keluarkan pendapat anda. Dalam mesyuarat, majlis atau berucap di depan orang ramai , cubalah kebolehan komunikasi anda.
9)Bertindaklah dengan keyakinan. Senyum dan bertentang mata dengan orang yang ingin kita berkomunikasi
10) Belajarlah kemahiran yang berkaitan dengan cita-cita dan matlamat anda. Setiap perkara berkaitan memerlukan ILMU untuk dilakukan secara yakin. Ilmu dan amalan secara istiqmah perkara berkenaan akan dapat membina keyakinan diri anda.
11)Jangan sesekali memandang rendah akan kebolehan anda. Pada masa anda gagal dan kurang berkemampuan bukanlah sebagai tanda anda lemah. Anda sebenarnya banyak memerlukan latihan dan maklum balas supaya anda boleh bangkit semula . Ingat lagi proses anda baru belajar berjalan? Berapa kali anda jatuh dan tersungkur?
12) Tetapkan matlamat dan cita-cita anda dengan jelas. Matlamat hendaklah spesifik, realistik dan ada batasan masa untuk anda mencapainya. Dengan adanya matlamat anda dapat menguji dan membina keyakinan diri anda.
13) Tabahkan diri kerana anda tidak pernah gagal sebenarnya yang ada cuma hasil usaha . Sepertimana kata Thomas Edison yang mencuba beribu-ribu kali bahawa katanya saya tidak gagal tetapi saya telah menemui hasil cara-cara yang salah untuk mencipta mentol
~apabila berbicara kenapa saya rasa berat untuk lakukan?? terus terang saya katakan kerana saya tidak yakin... di sini saya kongsikan sedikit artikel yang sempat saya baca... InsyaAllah kalau ada masa nanti saya akan selitkan lagi dari buku-buku yang pernah saya baca.. (sedang mungumpul bahan nya)
sama-sama kita menjadi ummah yang berjaya... InsyaAllah
"kita kena yakin" kata Alam Maya Memang Nakal!
Saturday, April 10, 2010
:: bersikaplah lembut terhadap wanita (isteri) ::
Posted by tuantanah at 4/10/2010 09:36:00 PMRasulullah SAW menyerupakan hati wanita adalah seperti botol yakni mudah pecah,kerana emosi wanita adalah lebih kuat daripada akalnya. perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki,maknanya:
"berlakulah lembut kepada isteri"
sebagaimana yang diperintahkan melalui firman Allah SWT
".... dan dia jadikan di antara kalian dengan kasih sayang........." (ar-rum:21)
dalam sebuah hadis disebutkan
"perlakulah kaum wanita dengan baik kerana sesungguhnya mereka adalah penolong yang dapat membantu kalian."
dalam hadis disebutkan, rasulullah SAW bersabda
"sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik kepada isterinya,dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap isterinya"
rumahtangga yang bahagia adalah rumah tangga yang dibangunkan di atas dasar cinta yang penuh dengan taqwa kepada Allah dan keredhaan-Nya.
"Maka apakah orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar ketaqwaan kepada Allah dan keredhaan-Nya itu lebih baik ataukah orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh,lalu bangunan itu jatuh bersama-sama dia ke dalam neraka Jahannam? Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (at-taubah:109)
(la tahzan unit 254)
Wednesday, April 7, 2010
:: Empat perkara ::
Posted by tuantanah at 4/07/2010 09:28:00 PMempat perkara yang membuatkan badan sakit
- terlalu banyak bicara
- teralu banyak makan
- terlalu bayak tidur
- terlalu banyak melakukan hubungan badan
- cemas
- sedih berpanjangan
- lapar
- kurang tidur malam
- melihat yang hijau-hijau
- melihat air yang mengalir
- melihat kekasih (dating-dating le selalu)
- melihat buah-buahan
maka menjadi segarlah jiwa ini
kerana keindahan pandanganyang kami lihat
empat perkara yang dapat membuat pandangan mata menjadi gelap
- berjalan tanpa kasut
- berpagi dan berpetang hari dengan wajah yang muram dan penuh dengan kebencian dan dendam
- terlalu sering menangis
- banyak menatap garis yang kecil-kecil
- memakai pakaian yang lembut
- mandi dengan air panas
- makan makanan yang manis dan berlemak
- memakai wewangian
- berbohong
- tdak tahu malu
- terlalu banyak bertanya yang tanpa dasar
- banyak melakukan maksiat
- menjaga harga diri
- menepati janji
- dermawan
- taqwa
- takbur
- dengki
- bohong
- suka mengadu
- bangun malam untuk solat
- bayak berishtifar menjelang fajar
- memebiasakan bmemberi
- dan berzikir di petang hari
"adakah rahsia disebalik kegelapanmu
hal yang menyembunyikan berita dan rahsianya?"
ia menjawab:
"tetapi aku belum pernah berjumpa dalam hidupku
suatu rahsia pun yang lebih tersembunyi
daripada pembicaraan para kekasih
di penghujung malam"
empat perkara yang akanmencegah datangnya rezeki
- tidur di pagi hari
- jarang solat
- malas
- suka berkhianat
- ketagihan makanan yang masam
- tidur bertelentang
- resah
- gundah gulana
- hati yang bersih
- tidak menyelangi makan dan minuman ke dalam badan secara berlebihan
- mengatur menu makanan yang baik denagn menambahkan makanan yang manis dan berlemak
- membuangkan semua endapan makanan yang memberatkan badan
Friday, April 2, 2010
::kehidupan umpama pesawat::
Posted by tuantanah at 4/02/2010 09:08:00 PMTanpa kita sedari,setiap kali kapal terbang melintas di udara kita pasti akan mendongak ke langit.. melihat kapal terbang berkenaan terbang melintasi kita.. setiap dari kita pasti mengimpikan untuk berada di atas.. bebas terbang menongkah angin dan taufan,menghimpit rasa ketakutan dan rasa gayat.. tidak semua dari kita boleh berada di atas.. terkadang saat kita di atas,kita ditarik turun kebawah.. "hidup bagaikan roda"
namun kita sebenarnya adalah pemandu kepada pesawat kita sendiri.. kehidupan kita di umpamakan bagai pesawat.. bagaimana untuk kita menerbangkan itu terpulang kepada diri kita.. apakah kita tahan untuk bergelut dengan ribut dan taufan,atau kita mahu menerbangkan dengan kerendahan dan kelajuan yg minimum.. itu terserah kepada kita sendiri.
ramai yang apabila memasuki zon 'ribut dan taufan' mula menyerah kepada keadaan tanpa mengambil inisiatif untuk bertahan.. akhirnya pesawat yang sekian lama dipandu terhempas dan hancur.namun tak kurang yang apabila terjatuh mereka secepatnya membaiki kerosakan itu dan mulai terbang semula... tahniah kepada mereka yang sebegini.. 'dengan usaha yang berterusan semua kemungkinan boleh menjadi kenyataan'
dan bagaimana pula kepada mereka yang terus bersedih hati dengan musibah yang telah menimpa? terasa bagaikan semangat itu dibawa berlari.. tapi kemana harus langkah kaki ini terus melangkah?
saya suka untuk mengatakan.. "jangan bersedih,kerana di sana masih banyak jalan meringankan musibah" (petikan 'la tahzan' untuk dikongsikan bersama)
"............. sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas" (Az-Zumar:10)
kalau saja tidak kulihat
esak tangis orang
yang ditimpa musibah di sekitarku
tentu telah ku bunuh diriku
4. yakinlah bahawa musibah yang anda deritai itu berkaitan dengan dunia sahaja,bukan berkaitan dengan agama
5. yakinlah bahawa ubudiyyah yang dilaksanakan dengan khusyuk ketika mengalamai tekanan terkadang lebih besar nilainya jika dibandingkan dengan yang dilakukan ketika melalui saat-saat bahagia.
6. janganlah melakukan tipu muslihat.
tinggalkan tipu muslihat
untuk mengubah bencana
hancurnya tipu muslihat
adalah dengan meninggalkannya
".........dan boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu...."



0 comments
Labels: buku/rencana