semalam sy belajar sesuatu.. melihat pada institusi perkahwinan sekarang yang kian rapuh.. itu membuatka sy sangat takut untuk mengikat komitmen.. jika ditanya sy sering memberi alasan "duit belum cukup!!" tapi kesediaan family untuk mencukupkan duit tidk memberi apa2 makna sebenarnya.. sy takutttttttttttttt!!! komitmen tu baiakan satu ikatan rantai yang ditambah dengan batu besar di kaki!!
seringkali aunty sy berpesan.. jangan takut dengan bernikah.. insyaAllah.. nanti allah akan tambahkan rezeki.. dapat anak, rezeki pun akan bertambah lagi..
Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)
hahahah!! tapi sebenarnya sy takut dengan komitmen berumah tangga.. seringkali perkahwinan2 yang ada di depan mata sy memberi pendangan yang amat buruk-tidak membahagiakan-tiada persefahaman-hanya sebelah pihak sahaja yang perlu berkorban!
tetapi syy sering katakan pada diri sy.. tidak perlu nak bernikah dulu.. sy akan bernikah apabila sy berpuas hati dengan pencapaian hidup sy.. kerana sy mahu menjadi seseorang yang akan dibanggakan oleh pasangan sy... kerna sy mahu mencapai yang terbaik dalam kehidupan dan menikmati setiap saat kehidupan sebangai anak dara tercomel!!!
tapi seringkali juga satu pertanyaan singgah di orak sy.. adakah dia yang sy cari selama ini?? bagaimana untuk mengetahui dia adalah yang tarbaik? sy tidak memilih orang yang salah?
tetapi cuma satu sahaja resepi kehidupan.. buka seluas2 nya mata amu sebelum kamu bernikah... sesudah bernikah,, biarkan ianya separuh tertutup..
p/s:jika sayangkan seseorang.. kenang2kan kebaikannya.. barulah aman kehidupan kita..
luvs,
Friday, January 6, 2012
:: bernikahlah.. allah akan tambahkan rezeki kamu ::
Posted by tuantanah at 1/06/2012 10:23:00 AMWednesday, December 7, 2011
:: hari ini birthday sy ::
Posted by tuantanah at 12/07/2011 02:17:00 AMwah!!!! selamat hari lahir sayang~ itu kata2 yg paling tidak bley blah pada malam ini..
tepat jam 12malam letrik kat kawasan rumah ini terpadam!! ingatkan ada orang nak wat surprise ke ape ke.. alih2 bila cek memang kawasan perumahan rumah ni takde letrik.. selama sejam!
walau apa pun.. wish sy untuk umor 26 tahun ini mahu terus sambung belajar+tahun 2012 nak kahwin.. insyaAllah semoga dimurahkan rezeki Allah swt dan ditunaika hajat..
yang seronoknya.. kalau tahun lepas birthday sy jatuh pada 1muharram.. jadi bley la berlagak wat wish tahun baru+puasa sunat semua..
tapi tahun ini birthday pada 11muharram.. jadi bley la puasa sunat hari asyura dan pada waktu maghrib menghadiahkan bacaan yassin untuk diri sendiri.. semoga perjalanan hidup sy pada masa akan datang lebih diredhai oleh Allah swt dibawah petunjuk dan hidayah Nya
maseh berharap dan menunggu inche separuh daripada hidup sy untuk muncul dan mengewish hepi birthday! kerana dia sungguh istimewa dalam hidup sy~
Saturday, November 5, 2011
:: kelebihan bulan zulhijjah ::
Posted by tuantanah at 11/05/2011 02:20:00 PMsy masih tertanya2 kenapa kawan sy berpuasa pada bulan zulhijjah ini.. teringin juga nk search kelebihannya.. dan hari ni setelah 9 zulhijjh barulah sy ada masa untuk search!! Ya Allah!!! mungkin tiada rezeki sy untuk beramal pada tahun ini.. tahun depan InsyaAllah...
(
di copy dari blog yg sy baca)
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya;
| | |
| 1 ZULHIJJAH | kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya. |
| 2 ZULHIJJAH | doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun. |
3 ZULHIJJAH | doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya |
| 4 ZULHIJJAH | Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat |
| 5 ZULHIJJAH | Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur. |
| 6 ZULHIJJAH | Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab. |
| 7 ZULHIJJAH | pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan. |
| 8 ZULHIJJAH, | Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui. |
| 9 ZULHIJJAH | turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang |
| 10 ZULHIJJAH | adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah. |
Abil-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Ubaid bin Allaitsi berkata;
Sesungguhnya Allah telah menghadiahkan kepada Nabi Musa bin Imraan alaihissalam "lima doa" untuk dibaca pada hari-hari sepuluh yang dibawa oleh Malaikat Jibril a.s.
| | | |
| 1 | La ilaha illallahu wahdahu laa syarakalahu, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumiitu wahawa hayyun laa yamutu biyadihil khairu wahuwa ala kulli syai'in qodier | Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal dan tiada bersekutu, semua milik/kerajaan dan pujian adalah HaqNya dan Dia Hidup tidak mati. |
| 2 | Asyhadu an laa ilaha illallahu wahdahu la syarika lahu, ilaahan waahidan ahadan shomadan lam yattakhiz sho hibatan walaa waladan | Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu, Tuhan Yang Tunggal, Yang Dibutuhkan, Yang Tidak Berkawan dan Tidak beranak. |
| 3 | Asyhadu anlaa ila haillallahu wahdahu laa syariikalahu ahadun shomadun lam yalid walam yakullahu kufuwan ahad. | Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa, Satu dan sangat dihajatkan, tiada beranak dan tiada diperanakkan, dan tiada bandingan sesuatu apa pun. |
| 4 | Asyhadu anlaa la haillallahu wahdahu laa syariikalahu mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa hayyun laa yamuu tu biyadihil khoiru wahuwa 'ala kulli syai'in qodier. | Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu, baginya kerajaan dan pujian, menghidupkan dan mematikan, dan Dia Hidup tidak mati, di TanganNya semua kebaikan, dan Dia di atas segala sesuatu Maha Berkuasa. |
| 5 | Hasbiyallahu wakfa sami'allahu liman da'aa laisa waraa allahi muntahi. | Allah telah menjamin aku, dan cukup Allah telah Mendengar tiap-tiap siapa yang berdoa, Tidak ada selain Allah tempat meminta dan berhajat. |
Juga tersebut bahawa doa-doa dan kalimah ini diturunkan di dalam Injil, dan orang-orang Hawariyyun menanyakan fadhilah kalimah-kalimah ini kepada Nabi Isa a.s.; maka diterangkan kepada mereka fadhilah dan pahalanya yang tidak dapat dihitung oleh orang yang membacanya pada hari-hari sepuluh(dari 1 hingga 10 Zulhijjah).
Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah
Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
- 1. Berkat pada umurnya
- 2. Bertambah hartanya
- 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
- 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
- 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
- 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
- 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
- 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
- 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
- 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
| | | ||||||||||
| 1 hingga 9 Zulhijjah | Sunat berpuasa | ||||||||||
| 8 Zulhijjah | Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat | ||||||||||
| 9 Zulhijjah (Hari Wukuf di Arafah) | Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji,
| ||||||||||
| 10 Zulhijjah Hari Raya Haji/Korban | Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir Melakukan korban | ||||||||||
| 11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik) | hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu | ||||||||||
| 29 atau 30 Zulhijjah | Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru. |
Thursday, October 6, 2011
::about the letter F::
Posted by tuantanah at 10/06/2011 11:45:00 PMyeay! hari ni sekali lagi sy nk membebel mengenai huruf F yg muncul dalam hidup sy.. 11.future Sentiasalah berfikir dan merancang untuk masa depan.. berdiam diri sejenak untuk 5min untuk merancang masa depan, meletakkan sasaran,target dan keazaman mampu member kita petunjuk dan ilham di dalam hati tentang apa yg harus kita LAKUKAN untuk menuju kejayaan.. 12.forgive & forget Jika kita rasa kita punya kesalahan dalam diri kepada orang lain.janagan malu,jangan segan.. pohonlah kemaafaan dan berazam bahawa kita tidak akan lagi mengulangi kesilapan yang sama.. kesilapan yang sama,di tempat yang sama adalah kebodohan bukan kesilapan.dan… andainya orang lain punya kesilapan/kesalahan pada kita.. tidak salah untuk kita member tahu orang yang berkenaan,berterusterang.. kemudian maafkan kesilapan dia.. lupakan segala kesalahan ang silam.tapi kite cube untuk memperbaiki setiap hubungan kita. 13.FRUST S y mula kenal erti frust.. setelah sy menginjak dewasa.. jika sebelum ini dengan mudah sy dapatkan apa yang sy hajatkan.. tetapi setelah dewasa sy sedar.. setiap apa yang kita mahu tidak semestinya kita akan dapat dengan cara kita.. kita perlu mengalah sebentar untuk menang.. ada aturan dan peraturan yang mesti kita patuhi.. begitulah kehidupan! Sy mengubat kekecewaan dalam diri dengan sentiasa mengatakan pada hati sy.. ini adalah yang terbaik yang tuhan berikan kepada sy.. jadi sy perlu redha.sy akan Cuba sedaya upaya menghindari diri sy daripada melibatkan diri dengan sesuatu yang mengingatkan sy kepada kekecewaan masa lalu.. jauhkan dirinya daripada sy dan jauhkan diri sy daripadanya. =) kecewaaan & kegagalan mematangkan.. itu pengalaman paling berharga. Tidak ternilai oleh duit 14.friends Carilah kawan yang baik kerana bagi sy kawan adalah cermin diri kita.mahu melihat siapa seseorang maka tengoklah kawan2nya.. kerana kita banyak menghabiskann waktu dengan kawan2 berbanding keluarga.tidak kisahlah di opis/sekolah.. hargailah kawan2 anda. Hormati mereka seperti mana anda menghormati keluarga anda.sy punya kawan baik yang sangat best.. yang boleh sy luahkan segalanya pada bila2 masa.. namun sy rasakan kawan paling baik bagi diri kita adalah pasangan hidup kita.. =) “yaAllah temukan sy dengan pasanagan hidup yang soleh, yang adapat menyayangi sy,menerima sy,mencintai sy dan seluruh keluarga sy seperti mana kami yang engkau jadikan” ::hidup akan lebih bermakna andainya anda bertemu dengan kawan terbaik yang dapat anda luahkan segalanya tidak kira masa.. jus to tell them how bad/gud your day was:: 16.family apa2 pun family come 1st.. tanpa mereka siapalah kita.. saat ditimpa mala petaka org lain berlalu pergi tp family tetap disisi 15.fortune
1. failure
semua org pernah melalui detik2 kegagalan bukan.. gagal dalam exam,gagal dalam percintaan,gagal dalam ujian memandu, gagal dalam mentaati suruhanNya.. tapi bagaimanakah kegagalan ini mengubah kehidupan kite???? sy sering katakan pada diri sy.. kegagalan sebenarnya kejayaan kita yang lebih baik dari semalam.. apabila kita gagal kita akan lebih berusaha untuk mendapatkan yg lebih baik.. dan semuanya kita jadikan pengajaran.. tapi kalau gagal di tempat yg sama kerana reason yg sama itu bodoh!!!!!!
2.faith
dalam hidup ini sila percaya dengan takdir!! redha dengan setiap apa yang telah diberi.. jangan ada "jika dan hanya jika" dalam kamus hidup kita.. perkataan kalau/jika itu adalah permulaan kepada hasutan syaitan!!! jadi.. redhalah dengan segala yg telah diberi.. jangan biarkan semuanya musnah kerana rasa tidak redha dan berasa diri ini deserve for the otherssss.. lakukan yg terbai
3.fight
dalam hidup ini kite juga kena selalu beringat dan berusaha.. watch ur step.. jgn sampai dicaras oleh orang lain.. tapi jangan menyerah begitu sahaja.. berusaha lah.. berusahalah.. untuk lebih maju lagi dalam hidup kite.. kite sebenarnya tidak tahu berapa yang telah Allah tuliskan kepada kite peruntukan rezeki yg ingin Dia berikan.. jadi apa salahnya berusaha dengan gigih untuk yg terbaik..
4.free
bebaskan diri kita dari segala masalah dan kesalahan pada org lain.. jika kite rasa diri kite bersalah.. mohon maaf.. bersihkan diri kite dari dosa, dari hutang.. supaya hidup kite berlalu dengan begitu lancar.. jika ada apa2 masalah.. selesaikan dengan secepat mungkin.. jangan tangguh2 kan segalanya.. itu adalah kunci kepada kemunduran yg lebih teruk.. hidup perlu bergerak ke depan.. bukan membiarkan masalah mengikat kaki kita..
5.Fly
selalu impikan untuk terbang.. kenapa sy katakan terbang?? untuk kita berada diatas.. selalu impikan diri kita berada dia tas supaya kita boleh menolong mereka yang berada dibawah.. dan supaya kita tidak dipijak2 atau dipandang rendah sewaktu berada di bawah.. bukankah setiap org selalu mendongak ke atas sewaktu melihat kapal terbang/helikopter berada di atas awan? itu adalah salah satu tanda bahawa kita mahu menjadi insan yang berjaya
6.food
untuk berjaya jadikan diri kita tempat simpanan makanan yang betol.. jangan makan sesuatu yang membahayakan.. seperti arak.. racun.. dadah dan sebagainya.. dapatkan dari sumber yang halal.. kerana setiap maknan yang masuk ke dalam badan kia akan menjadi darah daging kita.. jangan biarkan syaitan masuk ke badan kita melalui makanan yang tidak baik (haram/syubhah).. jaga kesihatan anda untuk anda menikmati hidup ini dan kejayaan
7.freak
kawan2 sy kata sy ini freak.. pelik?? kenapa pelik kerana sy ini banyak pantang larangnya.. kerana masalah kesihatan sy perlu berpantang makan yang bukan2.. antaranya tidak boleh makan kambing.. nanti badan gatal2.. hilang sudah satu nikmat dunia.. tidak boleh berjemur di tengah matahari nanti badan berpeluh dan kulit akan naik kemerahan dan gatal2.. pada sy tidak salah menjadi pelik.. kerana pelik kurniaan allah itu menjadikan kita seorang yang istimewa..
8.fokus
dalam hidup ini kita perlu selalu fokus.. selesaikan satu persatu mengikut keutamaan kite.. first comes first org kate.. fokus akan memberi kite lebih kelebihan dan minda kita akan lebih tenang.. semoga dengan fokus kite akan menjadi insan yang lebih baik.. insyaAllah
sekian.. kalau ade lagi nanti sy tambah ek...



0 comments