diberitaahu oleh seorang kawan.. kata2 sy selalu inspired dia dalam hidup.. =) tp pada sy sebenarnya sy ini kuat membebel aje kot. sy pernah gagal-jatuh- dan sy tahu bagaimana sakitnya rasa bila kita terjatuh tiada siapa yg mahu memimpin tangan kita untuk bangun semula. dan kerana itu lah sy suka membebel supaya orang lain ter-motivasi dengan apa yang sy katakan.. cukup sekadar ambil yg baik dari segala apa yang sy bebelkan.. yg buruk itu lepaskan saja berlalu.sesama kita ambil pengajaran dan semoga beroleh keberkatan ALLAH
dan minta maaf andainya kadang2 isi blog ini banyak sengal nya daripada ilmu2 yg berguna.. sy berkongsikan berdasarkan pengalaman. makanya, ambil iktibar dr apa yg sy sampaikan.. kalau buruk,, jangan ditiru.. sesama kita beringat!
sebenarnya bagi sy, cinta itu adalah motivasi yg sangat kuat untuk kita terus berjaya. maka, kepada yang sedang bercinta.. jadikan cinta itu sebagai pendorong menuju kejayaan dan bukan melekakan menuju kehancuran..
dan ingatlah satu pesanan sy.. jika ada yang menghulurkan salam kepada anda.. andainya anda tidak mahu menerimanya jangan disakiti hatinya.. jangan sesekali.. dan andainya anda menyayangi seseorang,, sayangi lah dia apa adanya..
bagi sy wang tidak menjajnjikan kebahagiaan.. dan hati+perasaan tidak dapat dibeli dengan duit+harta.. sy sangat adore org yang mempunyai ilmu yang tinggi, agama yg kukuh dan sy tidak kisahkan jika dia dari keluarga yang susah.. kerna ilmu+agama itu sebenarnya akan mendekatkan lagi hubungan kita dan Allah. semakin tinggi kita belajar.. semakin kita sedar betapa kerdilnya kita, betapa luasnya ilmu Allah..
p/s: jika mahu kaya sila dapatkan dengan cara yang baik ye.. cara yang halal. jangan tipu kanan, tipu kiri.. dimana keberkatan nya?
Friday, April 20, 2012
B.A.R.O.K.A.H
Posted by tuantanah at 4/20/2012 12:07:00 AMFriday, January 6, 2012
:: bernikahlah.. allah akan tambahkan rezeki kamu ::
Posted by tuantanah at 1/06/2012 10:23:00 AMsemalam sy belajar sesuatu.. melihat pada institusi perkahwinan sekarang yang kian rapuh.. itu membuatka sy sangat takut untuk mengikat komitmen.. jika ditanya sy sering memberi alasan "duit belum cukup!!" tapi kesediaan family untuk mencukupkan duit tidk memberi apa2 makna sebenarnya.. sy takutttttttttttttt!!! komitmen tu baiakan satu ikatan rantai yang ditambah dengan batu besar di kaki!!
seringkali aunty sy berpesan.. jangan takut dengan bernikah.. insyaAllah.. nanti allah akan tambahkan rezeki.. dapat anak, rezeki pun akan bertambah lagi..
Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)
hahahah!! tapi sebenarnya sy takut dengan komitmen berumah tangga.. seringkali perkahwinan2 yang ada di depan mata sy memberi pendangan yang amat buruk-tidak membahagiakan-tiada persefahaman-hanya sebelah pihak sahaja yang perlu berkorban!
tetapi syy sering katakan pada diri sy.. tidak perlu nak bernikah dulu.. sy akan bernikah apabila sy berpuas hati dengan pencapaian hidup sy.. kerana sy mahu menjadi seseorang yang akan dibanggakan oleh pasangan sy... kerna sy mahu mencapai yang terbaik dalam kehidupan dan menikmati setiap saat kehidupan sebangai anak dara tercomel!!!
tapi seringkali juga satu pertanyaan singgah di orak sy.. adakah dia yang sy cari selama ini?? bagaimana untuk mengetahui dia adalah yang tarbaik? sy tidak memilih orang yang salah?
tetapi cuma satu sahaja resepi kehidupan.. buka seluas2 nya mata amu sebelum kamu bernikah... sesudah bernikah,, biarkan ianya separuh tertutup..
p/s:jika sayangkan seseorang.. kenang2kan kebaikannya.. barulah aman kehidupan kita..
luvs,
Wednesday, December 7, 2011
:: hari ini birthday sy ::
Posted by tuantanah at 12/07/2011 02:17:00 AMwah!!!! selamat hari lahir sayang~ itu kata2 yg paling tidak bley blah pada malam ini..
tepat jam 12malam letrik kat kawasan rumah ini terpadam!! ingatkan ada orang nak wat surprise ke ape ke.. alih2 bila cek memang kawasan perumahan rumah ni takde letrik.. selama sejam!
walau apa pun.. wish sy untuk umor 26 tahun ini mahu terus sambung belajar+tahun 2012 nak kahwin.. insyaAllah semoga dimurahkan rezeki Allah swt dan ditunaika hajat..
yang seronoknya.. kalau tahun lepas birthday sy jatuh pada 1muharram.. jadi bley la berlagak wat wish tahun baru+puasa sunat semua..
tapi tahun ini birthday pada 11muharram.. jadi bley la puasa sunat hari asyura dan pada waktu maghrib menghadiahkan bacaan yassin untuk diri sendiri.. semoga perjalanan hidup sy pada masa akan datang lebih diredhai oleh Allah swt dibawah petunjuk dan hidayah Nya
maseh berharap dan menunggu inche separuh daripada hidup sy untuk muncul dan mengewish hepi birthday! kerana dia sungguh istimewa dalam hidup sy~
Saturday, November 5, 2011
:: kelebihan bulan zulhijjah ::
Posted by tuantanah at 11/05/2011 02:20:00 PMsy masih tertanya2 kenapa kawan sy berpuasa pada bulan zulhijjah ini.. teringin juga nk search kelebihannya.. dan hari ni setelah 9 zulhijjh barulah sy ada masa untuk search!! Ya Allah!!! mungkin tiada rezeki sy untuk beramal pada tahun ini.. tahun depan InsyaAllah...
(
di copy dari blog yg sy baca)
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya;
| | |
| 1 ZULHIJJAH | kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya. |
| 2 ZULHIJJAH | doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun. |
3 ZULHIJJAH | doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya |
| 4 ZULHIJJAH | Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat |
| 5 ZULHIJJAH | Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur. |
| 6 ZULHIJJAH | Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab. |
| 7 ZULHIJJAH | pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan. |
| 8 ZULHIJJAH, | Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui. |
| 9 ZULHIJJAH | turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang |
| 10 ZULHIJJAH | adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah. |
Abil-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Ubaid bin Allaitsi berkata;
Sesungguhnya Allah telah menghadiahkan kepada Nabi Musa bin Imraan alaihissalam "lima doa" untuk dibaca pada hari-hari sepuluh yang dibawa oleh Malaikat Jibril a.s.
| | | |
| 1 | La ilaha illallahu wahdahu laa syarakalahu, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumiitu wahawa hayyun laa yamutu biyadihil khairu wahuwa ala kulli syai'in qodier | Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal dan tiada bersekutu, semua milik/kerajaan dan pujian adalah HaqNya dan Dia Hidup tidak mati. |
| 2 | Asyhadu an laa ilaha illallahu wahdahu la syarika lahu, ilaahan waahidan ahadan shomadan lam yattakhiz sho hibatan walaa waladan | Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu, Tuhan Yang Tunggal, Yang Dibutuhkan, Yang Tidak Berkawan dan Tidak beranak. |
| 3 | Asyhadu anlaa ila haillallahu wahdahu laa syariikalahu ahadun shomadun lam yalid walam yakullahu kufuwan ahad. | Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa, Satu dan sangat dihajatkan, tiada beranak dan tiada diperanakkan, dan tiada bandingan sesuatu apa pun. |
| 4 | Asyhadu anlaa la haillallahu wahdahu laa syariikalahu mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa hayyun laa yamuu tu biyadihil khoiru wahuwa 'ala kulli syai'in qodier. | Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu, baginya kerajaan dan pujian, menghidupkan dan mematikan, dan Dia Hidup tidak mati, di TanganNya semua kebaikan, dan Dia di atas segala sesuatu Maha Berkuasa. |
| 5 | Hasbiyallahu wakfa sami'allahu liman da'aa laisa waraa allahi muntahi. | Allah telah menjamin aku, dan cukup Allah telah Mendengar tiap-tiap siapa yang berdoa, Tidak ada selain Allah tempat meminta dan berhajat. |
Juga tersebut bahawa doa-doa dan kalimah ini diturunkan di dalam Injil, dan orang-orang Hawariyyun menanyakan fadhilah kalimah-kalimah ini kepada Nabi Isa a.s.; maka diterangkan kepada mereka fadhilah dan pahalanya yang tidak dapat dihitung oleh orang yang membacanya pada hari-hari sepuluh(dari 1 hingga 10 Zulhijjah).
Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah
Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
- 1. Berkat pada umurnya
- 2. Bertambah hartanya
- 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
- 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
- 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
- 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
- 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
- 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
- 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
- 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
| | | ||||||||||
| 1 hingga 9 Zulhijjah | Sunat berpuasa | ||||||||||
| 8 Zulhijjah | Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat | ||||||||||
| 9 Zulhijjah (Hari Wukuf di Arafah) | Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji,
| ||||||||||
| 10 Zulhijjah Hari Raya Haji/Korban | Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir Melakukan korban | ||||||||||
| 11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik) | hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu | ||||||||||
| 29 atau 30 Zulhijjah | Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru. |



0 comments