Thursday, April 15, 2010

:: musuh no 1 saya ::

Saya selalu marah pada ayah dan emak saya kerana mereka suka menangguhkan perkara.. bagi saya penyakit ini saya warisi dari mereka.. suka sangat nak bertangguh! kadangkala saya selalu bertanya.. bagaimana nak hilangkan penyakit ini.. saya tidak mahu berdampingan dengannya..

"Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada rasa RESAH GELISAH dan dukacita, aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, aku berlindung dengan-Mu daripada sifat penakut dan bakhil, aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan orang lain.."

Tabiat buruk ini ada pada semua orang. Bertangguh adalah pencuri masa dan umur seseorang.

Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka . Pada kali ini saya ingin mengajak para pembaca mengetahui sebab mengapa sikap tangguh wujud dalam diri kita.

Kenapa kita bertangguh?

1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita
2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan
3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah
4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar
5) Tidak ada perancangan yang baik
6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri
7) Kita takut untuk berubah.
8) Kita takut gagal
9) Matlamat tidak jelas
10) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai
11) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.
12) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat
13) Melayan sikap malas
14) Amalan tabiat kerja last minutes
15) Kurang dorongan
16) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian
17) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius
18) Tiada semangat yang jitu dan mantap
19) Tabiat tidak menghargai masa . masa yang dibazirkan sama dengan umur yang dibazirkan .MASA ADALAH NYAWA ANDA!

p/s:ini adalah artikel yang sempat saya baca semasa bersiar-siar di internet..

0 comments:

Post a Comment