..... Que Sera, Sera...Whatever will be, will be...The future's not ours, to see...Que Sera, Sera....What will be, will be.....
tapi pengajaran dari kesah lalu mengajar saya supaya jangan terlalu berserah pada keadaan dan masa.. kita mampu sebenarnya melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan,, tuhan sendiri menyuruh kita untuk terus berusaha.. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan mereka mencuba untuk merubahnya.. dan setiap usaha itu pasti akan ada halangan... (berceramah pulak saya ini)
disini mari saya kongsikan sedikit tanda-tanda seseorang itu mengalami tekanan perasaan..
Antara tanda seseorang itu mengalami tekanan perasaan ialah:
- Apabila seseorang itu sering berasa gementar, berpeluh, sakit kepala, bernafas laju, cepat letih, kerap buang air kecil & besar, kurang selera makan & juga mudah mendapat penyakit seperti penyakit asma, sakit belakang, & juga masalah penghadaman.
- Tanda-tanda seseorang mengalami stress juga boleh dikesan melalu psikologikal yang ditunjukkan seperti mudah berasa bimbang, keliru, kurang daya tumpuan, sukar kawal diri, sukar hendak tidur, perubahan emosi seperti sering berasa kecewa, mewujudkan permusuhan, rasa tidak berdaya, cepat marah, & lemah semangat.
- Mengalami gangguan fikiran. Individu yang mengalami tekanan perasaan ini sukar untuk membuat keputusan, kurang berminat terhadap aktiviti-aktiviti harian yang sering dilakukan & individu ini juga sering sahaja berfikiran negatif terhadap banyak perkara.
- Bagi individu yang mengalami tekanan perasaan juga sering menunjukkan melalui tingkah lakunya apabila melakukan sesuatu. Individu ini sering bercakap dengan kuat & cepat, sentiasa menguap, suka menggigit jari, mengetap bibir, kerap menggerakkan jari, mudah berasa letih, terlalu bergantung kepada orang lain, bertindak secara tidk logik & ada kalanya terlalu beremosi terhadap sesuatu perkara tersebut.
- Mudah keletihan & cepat penat
- Kekecewaan
- Hilang semangat (burn out)
0 comments
Labels: rencana/buku