Monday, July 5, 2010

:: duit mengubah segalanya ::

dan minggu ini saya belajar sesuatu..

kerana wang manusia sanggup mengkhianati sasama sendiri.. dunia.dunia.dunia.


inilah orang kata... kuasa wang.. mampu untuk mengubah segalanya... kerana wang.. manusia sanggup berbalah,berbunuhan dan lebih teruk sanggup memungkiri janji-janji manis.. segalanya kerana ingin menambah harta dunia..

manusia mampu mengukir sejuta janji-janji manis.. tapi apabila wang di depan mata.. manusia menjadi begitu alpa dan leka.. manusia mula buta mata dan terus mahu mengejar kemewahan dunia... janji dimungkiri,kata-kata penuh dengan dusta.. dan kadangkala tindakan ini mencalarkan perasaan orang lain... tetapi itu tidak menjadi hal kepada mereka... asalkan mereka dapat terus berada di depan... di atas... inilah kuasa wang~

saya teringat kata-kata seorang kawan... carilah harta seperti mana kamu akan hidup sejuta tahun lagi dan beribadatlah kamu seperti kamu akan mati keesokan hari...

namun bagi saya,, janganlah kerana menambahkan harta dunia.. perasaan insan lain kita calarkan.. sewenag-wenangnya kita menindas seseorang yang masih bertatih untuk bergerak di bumi ini... janganlah kita terlalu mementingkan diri sendiri.. paling tidak... jika ingin membuat sesuatu keputusan biarlah dengan penuh berhemah,bijaksana tanpa alasan yang terlalu klise dan berbincanglah dahulu dengan empunya badan... hormati hak dan kepentingan peribadi insan lain.. =)

0 comments:

Post a Comment