Monday, March 7, 2011

:: ketakutan itu kegagalan ::

bagaimana jika dalam hidup anda tiba2 anda mengalami kegagalan.. sedangkan selama ini anda tidak pernah gagal.. anda sering mendapat apa yang anda perlukan.. anda pelajar cemerlang sekolah.. anda anak kebanggaan semua.. tapi pada satu titik.. anda tiba2 berubah menjadi seseorang yg begitu manja dan sangat takut untuk bergerak? sangat takut untuk menempuh kehidupan di luar sana sedangkan anda punya impian dan wawasan yang jitu suatu ketika dahulu.. hanya kerana musibah yang datang anda menjadi sangat lemah.. anda lebih suka berada didalam blanket zone..

tiba2 anda bagaikan tersentak dengan kehidupan... owh.. kawan2 sudah puunya aset berjuta tapi anda maseh tidak punya apa2.. kawan2 sudah punya anak2 dan pasangan tercinta tapi anda maseh lagi hidup sendiri bersama seribu impian dan cerita yang tak pernah tercoret di dada dunia.. dan setiap kali untuk berdepan dngan orang ramai anda mulai hilang keyakinan dan kemampuan diri...

bagaimana untuk anda menempuh segala dugaan ini???

sy sering katakan pada diri sy.. jangan pernah menganggap diri kita bagus kerana ada yang lebih bagus.. jangan pernah mencemburui kejayaan orang lain kerana dengan usaha InsyaAllah kita juga akan berada di situ.. jangan pernah bergelak ketawa dengan kegagalan orang lain kerana dengan izin allah tiba2 kita akan berada lebih bawah dari itu..

dan sy juga suka untuk katakan pada orang lain jangan pernah berHenti melangkah sekalipun pahit dan sangat sakit uuntuk kita teruskan.. jangan pernah menyalahkan takdir atas apa yang telah Allah SWT berikan kepada kita kerana DIa lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.. lakukan yang terbaik untuk setiap minit2 kehidupan kita... lakukan yang terbaik! ingatlah orang yang tersayang.. EGO dan rasa MALU hendaklah ditolak ketepi untuk kita mencapai yang terbaik dalam kehidupan kita.. dan janganlah pernah menipu dengan realiti kehidupan.. sekalipun pahit,sekalipun pedih... terima setiap kenyataan hidup dengan ketenangan, dengan penuh keredhaan.. BERDOA lah untuk diberi kekuatan dan pertolongan.. sesungguhnya dengan mengingatiNya sahaja hati akan menjadi tenang...

hanya satu sahaja yang sy katakan di sini.. untuk mengatasi ketakutan.. kita hendaklah mencabar diri melakukan apa yang kita takut.... selagi kaki ini mampu melangkah.. bergeraklah.... sekalipun sehingga ke hujung dunia sekalipun!
p/s:jangan malas!

0 comments:

Post a Comment