Sunday, October 3, 2010

:: doa itu ibarat cermin ::

semalam sy tidak dapat tidur kerana ada perkara mistik yang berlaku di rumah sy.. tingkap bilik bacaan sy di tinkat atas ditutup dari luar.. sungguh terkejut sy ketika itu.... (sikit pun sy tidak takut) sy menghabiskan masa semalaman berborak dengan seorang teman.. sekadar perbualan kosong mengenai masa silam dan masa depan...

tapi sy begitu terkejut apabila beliau menceritakan mengenai cintanya yang baru putus di tengah jalan setelah hampir 4tahun bercinta.. bagi sy itu perkara biasa. bersyukurlah kerana dia pernah menikmati apa erti cinta dan dicintai.. menyanyangi dan disayangi.. namun sy sedikit terkilan apabila beliau mengeluarkankata-kata yang kurang elok berkenaan bekas kekasih hatinya.. benar kata orang andainya ingin melupakan seseorang sila ingat-ingatkan sesuatu yg teruk yang pernah beliau lakukan.. kenang-kenangkan keburukan dan anda akan dapat menimbulkan kebencian.. namun sejauh mana beliau mahu menidakkan hakikat.. beliau maseh mencintai bekas kekasihnya?? maseh berharap andai ada peluang untuk kembali bersama.

namun sy hanya mampu berkata kepada beliau. bersabarlah.. kerana apabila kita dilebihkan Allah dalam sesuatu pasti Allah akan menguji kita dalam suatu aspek lain pula.. dan sy katakan padanya... "tidak perlu lah mengutuk si dia sehingga sebegitu rupa.. ntah2 kejayaan awak pada hari ini berkat doa daripada si dia juga.. siapa tahu kan??"

kerana sebelum sy melelapkan mata sy akan mendoakan kehidupan orang yang sy sayang. mendoakan si dia bahagia walaupun kebahagiaan dia bukan bersamaa sy.. mendoakan kejayaan si dia dan mendoakan andai si dia bukan yang terbaik untuk sy.. Allah akan temukan si dia bersama cinta sejatinya yang akan membahagiakannya hingga ke akhir hayat.. bukan kah melepaskan orang yang kita sayang adalah dengan cara mendoakan kebahagiaan untuknya??.. merelakan kepergiannya dengan ikhlas supaaya apabila orang yang kita sayang bahagia kita akan turut berbahagia.. dan apabila mereka dalam kesakitan kita turut berasa keperitan.. sesungguhnya itulah yang sy pelajari........... dengan mencintai seseorang...

kerana sy percaya. kta-kata itu adalah doa.. dan doa itu adalah cermin.. apa yang kita doakan atau katakan akan berbalik pada diri kita.. baik kata-kata dan doa kita maka baiklah jalan kehidupan kita.. doa adalah suatu ketetapanatau janji kita kepada Allah dan sebenarnya kita sedang belajar untuk membentuk diri kita melalui doa.. (,")Vpeace!

"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan"

0 comments:

Post a Comment