Wednesday, November 6, 2013

sy jual shaklee

dah sebulan rasanya sy join menjual shaklee ni..produk yang bagus,mampu milik dan berkesan. kepada kawan2 yang mahu mendapatkan produk shaklee dengan harga yang best, sila PM sy.. tinggalkan komen anda di sini.. =) taupun sila cari sy di akudia corner (facebook).. sekian terima kasih
id shaklee: 1065889

Saturday, October 13, 2012

sy memang kampung!

okeh hari ni tiba2 nak jadi mak nenek sikit.. ehehehehe.. puncanya sy  dilanda senggugut yang teruk.tahap golek2 atas katil lah.. makanya sy search lah u-tube kan. dapat satu petua.. guna madu, bacakan fatihah dan salawat. kemudian baca surah an Nahl ayat 69 pada madu.. minum madu tersebut.. satu sudu pun jadik lah.. innyaAllah berkesan.. kerana senggugut itu adalah kesan garu2 setan di dinding rahim manusia.


then satu petua lagi.. rebuskan kunyit hidup+halia+asam jawa+gula melaka.. sejukkan dan blenderkan.. kemudian minum sehingga habis.. tapi jangan di minum setiap hari.. minum seminggu sekali je. semasa period tu takyah la minum ye.. 

kemudian sy diterangkan oleh bidan kampung.. amat elok untuk wanita mengamalkan.. rebuskan 3helai daun sirih+sebesar ibu jari kunyit hidup yang telah ditumbuk+asam jawa+gula melaka.. sejukkan. blender. tapis ambil airnya. dan minum. juga elok diamalkan seminggu sekali. hasilnya dapat membersihkan Miss V+rahim wanita. wah!!! teruja mendengar kerana sebenarnya sy sudah mula menyukai campuran air berkenaan. rase cam sangat sedap. pelik kan?! so seminggu sekali ye.. semasa period tak perlu diminum.. 

dan satu cara lagi dengan merebus daun sirih.. kemudian diblender kan.. tapiskan.. dan simpan airnya untuk di cuci miss V.. ahaksssssssss.. mak bidan tu cakapp.. makan petai pun bila kencing takkan berbau.. wau.... tp sy tak rajin sampai gitu lah.. guna medicated feminine wash susuk dara sudah... rm48 je pun sebotol.. leh tahan 2bulan lebih..

Saturday, October 6, 2012

jodoh itu miracle.. subhanallah

terkejut dengan perkhlabaran seorang kawn baik bahawa beliau mahu menamatkan zaman bujang tidak lama lagi! wah... sangat terharu dengan love story beliau.. kerana beliau dalam keadaan patah hati.. rajin bangun bersolat malam. mohon allah berikan beliau pasangan yang soleh sebagai pembimbing.. dan akhirnmya beliau telah menyahut seruan dari Allah untuk memudahkan urusan mendirikan masjid. perkenalan selama 2bulan sahaja tidak memberi masalah kepadanya.. apabila ditanya bagaimana beliau sekuat itu membuat keputusan.. katanya... entahhhhhhhhhhhh.. tiba2 rasa nak kawen.tiba2 ada orang ajak kawen. wowoowwwwwwww.. syabas!! sy doakan awak bahagia.. saya doakan jodoh ini sampai ke akhir hayat.


dan sy mula terfikirkan sesuatu... bagaimana mudah jika seseorang itu ditakdirkan untuk kamu.,... dia akan datang kepada kamu menghulurkan tangan kepada kamu.. mugnkin sy harus pertimbangkan semula lamaran seorang teman seuniversity.. kerana dia datang setiap kali sy keseorangan dan memerlukant teman berbicara. dia datang dengan niat.. mari kita nikah! bukan nya mari kita kapel.. mari kita berteman. okey! soalan sy mudah.. bagaiimana mahu kita pastikan bahawa belaiu adalah jodoh terbaik untuk kita? soalan mudah.. jawapannye??? T_T sy tiada jawapan untuk itu. langsung tiada.

my wish.. just simple.. mahu terus perbaiki diri sehingga sy benar2 bertemu yang terbaik untuk sy.. dan bagi sy... jodoh itu keajaiban.. kedatangan nya tidak disangka.. maka bersedialah sentiasa.. =)

Tuesday, August 28, 2012

hargai yang masih ada

sy berada di kampung halaman hampir 3bulan untuk menjaga atuk sy yang sedang sakit tenat.. ape yang mampu sy katakan.. awrghhh !! penat!! mencabar jiwa dan fizikal sy.. ape yg pasti dalam menjaga orang yang sakit mental perlu kuat.. silap percaturan kaluuuuuuuuuuuu boleh di cop durhaka.. di sini sy berikan sedikit tips kepada mereka yang mahu majaga orang sakit.. kepada nurses dikecualikan kerana itu memang sudah tugas anda.. kikikikiki
1. kenal pasti jadual mereka..
pastikan anda tahu jadual pesakit.. tahu timing makan ubat, jadual makan.. mandi n so on.. apa yaang pasti jangan biarkan pesakit anda lapar.. rasa lapar akan menyebabkan pesakit stressssssssss/naik angin.. kikikikiki. perhatikan juga apa yang anda berikan kepada pesakit.. andai perlu berpantang maka berpantang lah.. 
2. berlembut dengan pesakit
kadangkala pesakit terlalu emosi mungkin bersakan mereka adalah membebankan. maka kita jhendaklah berlembut dengan mereka.. selembut yang mungkin. bersabar! biar ditengking tapi pastikan anda tidak terlalu 'bodoh' kadangkala mereka hanya mahu menguji kita.. andainya seuautu itu salah.. jangan diturutkan.katakan dengan lemut,pujuk mereka.. katakan itu salah... 
3. banyak2 berdoa
doakan agar pesakit anda itu diberi kemudahan dalam andaa menguruskan mereka. berikan mereka lebih perhatian. doakan yang terbaik untuk mereka. yang terbaikkkkkk.. kerana sesungguh nya Allah itu maha kaya.doakan Allah memberi keampunan dan kesembuhan kepada mereka.
4. banyakkan membaca alquran
jika anda tidak begitu pandai dalam membaca alquran.. pasangkan MP3 alquran di rumah pesakit..jangan terlalu kuat.. pasangkan dengan perlahan.. semoga dengan ayat2 suci alquran yang bergema.. anda dan pesakit dilindungi oleh Allah daripada sebarang anasir2 luar seperti gangguan makhluk halus dan sebagainya.. bnadan yang lemah akan lebih mudah diserang oleh syaitan dan yang sewaktu dengan nya. 
5.luangkan lebih masa
luangkan lebih masa bersama pesakit.kdangkala pesakit perlukan lebih hiburan dan tempat untuk meluahkan rasa. buatkan mereka ceria.. betulkan mood mereka yang dingin itu. buatlah sesuatu yang menyenangkan mereka.
6. berikan lebih perhatian
sentiasa bertanya kepada pesakit andainya dia mahu makan sesuatu.. terutama makanan kesukaan mereka. cuba dapatkan untuk mereka.
7. ucapkan lah cinta dan kasih sayang
sentiasa katakan kepada pesakit bahawa anda sayangkan mereka walau apa pun keadaaan mereka. jangan sehingga anda merungut mengatakan mereka itu satu beban. jangan sesekali merungut dengan apa yang telah atau patut anda lakukan.. sesungguhnnya melakukan sesuatu dengan rungutan adalah amat memenattkan/meletihkan!! lakukan dengan ikhlas
8.sentaisa bertanya
sentiasa bertanya keselesaan pesakit.. samada mahu dipasngkan kipas angin atau sebagainya. tanyakan kepada pesakit bagaimana mereka mahu anda uruskan mereka. urus mereka mengikut kehendak dan keselesaan mereka. senangkan hati mereka