Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu.. dengan hidupmu
Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku
(Korus)
Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja
namun bagi pendapat saya,gadis ini begitu bertuah dan beruntung kerana si dia terlebih dahulu mengambil keputusan untuk berlalu pergi. apabila tiba masa untuk si gadis meneruskan perjalanan sekurang-kurangkan si gadis tidak akan lagi berada dalam keraguan.
kalau dilihat semula dengan apa yang terjadi.. benar kata gadis ini, kadang-kadang lelaki ini jahat.. (maaf kepada kaum lelaki di luar sana) walaupun si dia sudah memilih tetapi tetap mahu 'berdating' dengan si gadis.. untuk apa?? =) saya tiada jawapannya.. tepuk dada tanya diri sendiri.. tp bagi saya tidak menjadi kesalahan...
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja
sebelum beliau secara rasminya menjadi milik orang.. biarkanlah hati kita merasai kebahagiaan itu walalupun untuk seketika.. tidak salah bukan??
jangan salahkan orang merindu dengan kerinduannya selagi kamu tidak cuba memahami erti kerinduan itu sendiri..
andai mencintai seseorang kita perlu redha dan biarkan dia lepas pergi.. doakan kebahagiaan dia.. dan kita tumpang gembira dengan kebahagiaan dia.. doakan hidup dia di masa depan lebih sempurna.. bukan kah doa itu ibarat cermin.. setiap yang kita doakan akan terpantul semula pada diri kita?? baik doa kita,maka baiklah yang akan Dia berikan pada kita juga..
".......boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)
segala sesuatu telah Aku takdirkan
silakan engkau mencela atau meninggalkan Aku
sedangkan takdirKu akan terus berjalan
sebagaimana jarum menusuki lubang jahitan.
1. tanyakan pada diri anda. Apa kemungkinan terburuk yang akan terjadi?
2. persiapkan diri anda untuk menerima dan menghadapinya
3. hadapilah dengan tenang unutk menjadikan kemungkinan terburuk itu menjadi lebih baik
"ketahuilah,bahawa pertolongan itu datang sesudah kesabaran; kelapangan datang sesudah kesempitan;dan kemudahan datang sesudah kesulitan"
dalam menghadapi situasi sebegini,kekerasan,keegoaan tidak dapat membantu untuk menyelesaikan masalah tetapi kelembutan dapat menghindarkan diri dari terus tergelincir.
seseorang yang bijak itu ibarat air,yang dapat melekukkan batu dengan perlahan-lahan walaupun mengambil masa yang begitu lama.bukan bermaksud saya ingin katakan untuk terus menunggu dan lakukan usaha yang berterusan. namun saya katakan di sini.. perasaan mengharap itu secara perlahan dapat dihilangkan dengan usaha yang berterusan.
relakan saja apa yang telah terjadi.jangan sesekali menangisi susu yang telah tumpah. pergi dapur isi yang baru.kalau tiada 7E kan buka 24jam.
akhir kata, (sebelum saya mula merepek) yang tidak dituliskan untukmu akan begitu sukar untuk diperolehi.
Labels: kehidupan