Sunday, April 4, 2010

::sukarnya memaafkan::


setiap dari kita pasti pernah melakukan kesilapan,tersilap langkah dalam kehidupan bukan? kadang-kadang terlalu sukar untuk kita mengucapkan kata maaf... dan paling sukar andainya kita yang perlu memaafkan. jika ditanya pada saya.. diri saya mudah untuk memohon kemaafan tapi untuk memberi kemaafan itu sangatlah sukar..

puas saya pujuk hati dan perasaan untuk memaafkan setiap apa yang telah berlaku.. dan membiarkan semua itu berlalu. tapi dalam pada kemaafan terucap namun layanan saya tidak sehebat dulu.. kadang-kadang semua itu terlalu ketara di mata pandangan umum.. mungkinkah kerana saya seorang yang begitu pendendam dan sikap saya yang tidak mahu mengaku kalah sejak azali lagi?? dimanakah 'bersemayam' sikap berdendam dan dengki mendengki jika bukan di tubuh seorang manusia??

bagi saya memaafkan memerlukan persiapan mental dan ketulusan hati yang paling dalam. hanya seseorang yang mempunyai kematangan diri dan semangat spiritual yang tinggi sahaja yang boleh memberi kemaafan dengan seikhlas hati. kematangan diri biasanya berlandaskan pengalaman hidup seharian dalam menyelesaikan segalan cabaran dan dugaan kehidupan. manakala semangat spiritual itu berkaitan dengan penghambaan diri yang sangat tinggi kepada Allah SWT.

"ya Allah,berikan saya hati yang bersih dan lidah yang jujur dalam menjalani kehidupan seharian ini"

Allah swt sendiri menjanjikan pahala kepada mereka yang pemaaf

"tetapi orang yang bersabar dan memaafkan,sessungguhnya perbuatan yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan" (asy syuura;43)

orang yang baik akhlaknya bukan sahaja dapat memaafkan kesalahan orang lain kepadanya tetapi membalas perbuatan itu dengan kebaikan..

”Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.” (QS Fushshilat [41]: 34).

0 comments:

Post a Comment