Friday, April 2, 2010

::dunia ini untuk kita kongsikan bersama::


saat saya rasakan dunia ini hanya saya seorang sahaja yang punya tiba-tiba Allah anugerahkan seseorang untuk sedarkan saya bahawa Dia sebenarnya ciptakan dunia ini untuk kita kongsiakan bersama..


"Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita...Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam...Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain mencintai kita sepertimana kita mencintai mereka... (^^,)v ♥♥♥"


Alhamdulillah.. kini saya sedar bahawa saya tidak keseorangan meniti bilah-bilah kehidupan yang pastinya terkadang menyucuk jiwa dan perasaan.. sudah sekian lama saya merundung duka dan kekecewaan,kegagalan menarik kaki saya dari terus melangkah.. membawa saya jauh 'bertapa' mengasingkan diri.. kononnya berehat untuk menghilangkan pedih di hati..

"ya Allah.. saya hamba Mu yang lemah memohon keampunan kerana telah menjadi hambaMu yg berputus asa dengan ujian dan cabaranMU.. tanpa sedar itu yang telah mematangkan kehidupan saya pada hari ini.. Ya Allah.. ampunkan saya kerana pernah 'hilang' dari meneruskan kehidupan seperti mana yang telah engkau tuliskan kepada saya.. Ya Allah... saya pohonkan kekuatan dan semangat dari Mu untuk saya meneruskan langkah kaki ini yang sekian lama terhenti.. dan semoga jalan ke hadapan dimudahkan oleh-Mu Ya Allah.. Ampunkan dosa saya dan dosa kedua ibubapa saya.. kasihi lah mereka seperti mana mereka megasihi saya sejak kecil.. berikanlah saya peluang dan ruang untuk berbakti kepada mereka.. aminn"


0 comments:

Post a Comment