Friday, April 2, 2010

::kehidupan umpama pesawat::


Tanpa kita sedari,setiap kali kapal terbang melintas di udara kita pasti akan mendongak ke langit.. melihat kapal terbang berkenaan terbang melintasi kita.. setiap dari kita pasti mengimpikan untuk berada di atas.. bebas terbang menongkah angin dan taufan,menghimpit rasa ketakutan dan rasa gayat.. tidak semua dari kita boleh berada di atas.. terkadang saat kita di atas,kita ditarik turun kebawah..
"hidup bagaikan roda"

namun kita sebenarnya adalah pemandu kepada pesawat kita sendiri.. kehidupan kita di umpamakan bagai pesawat.. bagaimana untuk kita menerbangkan itu terpulang kepada diri kita.. apakah kita tahan untuk bergelut dengan ribut dan taufan,atau kita mahu menerbangkan dengan kerendahan dan kelajuan yg minimum.. itu terserah kepada kita sendiri.

ramai yang apabila memasuki zon 'ribut dan taufan' mula menyerah kepada keadaan tanpa mengambil inisiatif untuk bertahan.. akhirnya pesawat yang sekian lama dipandu terhempas dan hancur.namun tak kurang yang apabila terjatuh mereka secepatnya membaiki kerosakan itu dan mulai terbang semula... tahniah kepada mereka yang sebegini.. 'dengan usaha yang berterusan semua kemungkinan boleh menjadi kenyataan'

dan bagaimana pula kepada mereka yang terus bersedih hati dengan musibah yang telah menimpa? terasa bagaikan semangat itu dibawa berlari.. tapi kemana harus langkah kaki ini terus melangkah?

saya suka untuk mengatakan.. "jangan bersedih,kerana di sana masih banyak jalan meringankan musibah" (petikan 'la tahzan' untuk dikongsikan bersama)

1. Allah tidak menjadikan sesuatu musibah melainkan pahala dan ganjaran dari sisi-Nya andai kita terus bersabar dan bertahan di atas jalan tersebut.

"............. sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas" (Az-Zumar:10)

2.melihatlah kepada orang lain yang ditimpa musibah. Pasti kamu adalah antara yang masih dikira beruntung.

kalau saja tidak kulihat
esak tangis orang
yang ditimpa musibah di sekitarku
tentu telah ku bunuh diriku

3. yakin bahawa musibah yang menimpa diri anda itu jauh lebih ringan dibandingkan dengan yang menimpa orang lain.

4. yakinlah bahawa musibah yang anda deritai itu berkaitan dengan dunia sahaja,bukan berkaitan dengan agama

5. yakinlah bahawa ubudiyyah yang dilaksanakan dengan khusyuk ketika mengalamai tekanan terkadang lebih besar nilainya jika dibandingkan dengan yang dilakukan ketika melalui saat-saat bahagia.

6. janganlah melakukan tipu muslihat.

tinggalkan tipu muslihat
untuk mengubah bencana
hancurnya tipu muslihat
adalah dengan meninggalkannya

7. sedarlah bahawa pilihan Allah SWT adalah yang terbaik.

".........dan boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu...."

0 comments:

Post a Comment