Monday, April 5, 2010

:: ¿¿ɹɐɾɐןǝq ɐʎɐs ::

saya belajar,
kita tidak akan dapat semua yang kita ingini dalam hidup ini,
dengan cara kita,
kita perlu mengalah sementara untuk menang..

Saya belajar,
Apabila peluang datang,
kita perlu segera dapatkannya,
jika tidak ia akan berlalu pergi,
dan tidak akan cuba kembali...

Saya belajar,
apabila peluang kedua itu muncul,
tuhan sebenarnya sedang memberi kita peluang,
untuk membetulkan keadaan,
jadi jangan bertangguh untuk menghadapinya,
jika ia berjaya.. maka nikmatilah...

Saya belajar,
mencintai tidak semestinya saling bercinta,
Bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya,
Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai..

Saya belajar,
cinta sering datang dan pergi,
ıƃɹǝd uɐp ƃuɐʇɐp ƃuıɹǝs ɐʇuıɔ
tuhan sedang memberi kita peluang untuk kita nikmati,
untuk kita belajar saling mengerti,
tapi cinta sejati hanya sekali...

Saya belajar,
hidup memerlukan kita sentiasa berhati-hati dan berwaspada,
Bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya...

Saya belajar,
Bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan banyak hal dan
kami selalu memiliki waktu terbaik.

Saya belajar,
Bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat,
Justeru adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali
Serta orang yang begitu perhatian pada saya.

Saya belajar,
Bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh.
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.

Saya belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan,
Bukan bererti bahawa dia tidak mencintai saya...

Saya belajar,
Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,
Mereka pasti pernah melukai perasaan saya....
Dan untuk itu saya harus memaafkannya....

Saya belajar,
Bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain...
Kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus...

Saya belajar,
Bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi saya,
Tapi saya harus bertanggungjawab untuk apa yang saya telah lakukan...

Saya belajar,
Bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda,
Tapi kekadang dari sudut pandang yang berbeza...

Saya belajar,
Bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki,
Tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya..

Saya belajar,
Bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi
Atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya..

Saya belajar,
Bahawa saya punya hak untuk marah,
Tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis...

Saya belajar,
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan
dengan orang yang saya cintai..

Saya belajar,
bahawa orang – orang yang yang saya kasihi,
Sering diambil segera dari kehidupan saya...
Love does’nt make the world go round.
Love is what makes the ride worth while.