Sunday, May 16, 2010

:: selamat hari guru ::

pengorbanan seorang guru memang tidak dapat dibafikan lagi.. walaupun kini profesyen perguruan seperti hanya pilihan terakhir graduan yang tidak mendapat pekerjaan.tetapi saya percaya rata-rata para guru kini menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya kepada anak-anak generasi pelapis masa depan..

GURU adalah insan yang paling saya muliakan dalam hidup ini.tanpa guru siapalah saya.. tanpa guru tak mungkin saya mampu seperti sekarang.. tanpa guru tidak kemana saya.. walaupun terkadang guru ini saya kira terlalu emosi dan terlalu kejam dalam mendidik saya tapi saya ketahui.. tanpa guru.. siapalah yang sudi membimbing saya..

tidak dapat sya lupakan berberapa orang guru yang begitu berjasa kepada saya.. dalam mendidik saya mengenal ilmu dan mengenal erti kemanusiaan itu sendiri.. Cikgu Yahya selaku guru besar sekolah rendah saya banyak berjasa kepada saya.. apabila tokwan tidak sempat mengambil saya di sekolah.cikgu yang akan menghantar saya pulang. mendidik saya dan rakan-rakan dari segi ilmu duniawi dan rohani..

cikgu Naimah selaku guru kelas saya semasa tingkatan 3.saya kira cikgu Naimah adalah cikgu yang paling 'friendly' dalam merapati anak-anak muridnya.walaupun beliau dikatakan sedikit garang.tapi saya tahu.. dia adalah sangat baik.. dia menjadi idola saya andainya saya menjadi seorang guru. Cikgu terima kasih untuk segala ilmu dan masa yang cikgu luangkan bersama-sama kami.

cikgu Syukri adalah warden saya semasa di MRSM. dia tersangatlah garang. nama pun guru disiplin dan warden asrama. ketegasaannya menyebabkan saya selalu bersikap seperti mencabar kewibawaan beliau sebagai seorang guru.. ntah mengapa suka benar saya andai dapat membuat sesuatu yang melanggar aturan dan peraturan yang telah ditetapkan. Maafkan saya cikgu untuk kesusahan yang saya timbulakan. Andainya lebih lama lagi......... saya akan pastikan setiap yang cikgu tetapkan akan saya turuti..

tidak ketinggalan juga kepada pensyarah saya.. DR GHazali Ahmad,puan Norazirah Ayyub dan juga Puan Norizan yahya. sya kira zaman ini tersangatlah seronok.tetapi kenapa seperti semangat saya dibawa angin lalu? adakah benar bagai dikata orang.. salah pergaulan maka sesatlah kita? =) pada saya ini terjadi kerana saya tidak belajar untuk adpat dengan persekitaran. tDr Ghaz yang sentiasa memberi dorongan dan teguran.. yang sentiasa memihak kepada anak-anak buahnya apabila dalam masalah. Puan Norazirah yang sentiasa manja dan tersenyum manis. kadangkala kata-katanya agak menghiris tapi Puan Norazirah adalah antara lecturer kegemaran saya. Puan Norizan yang bannyak membantu.. dan saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan dari Puan Norizan kerana telah menimbulkan masalah. dan saya akui tindakan Puan itu adalah betul. terima kasih unutk pengajaran yang tidak ternilai itu. Alhamdulillah.. here i am.. InsyaAllah saya sentiasa mendoakan agar Allah memudahkan jalan kehidupan saya di masa kaan datang.. dan menjuadikan semua itu sebagai pengaaran dan pengalaman yang akan membimbing saya di masa hadapan.

tidak lupa juga kepada Madam Annie yang bayak memberi tunjuk ajar dalam saya menjalankan kehidupan sekarang. itu sungguh bermakna dalam bagi saya. TERIMA KASIH!

dan saya doakan semoga Allah memberkati hidup semua guru-guru yang pernah memberi tunjuk ajar kepada saya. diberi kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki dan dimudahkan jalan kehidupan di masa hadapan. sesungguhnya saya sayang guru saya walaupun saya ini mungkin seorang pelajar yang agak bermasalah.. tetapi jauh di sudut hati... saya mendoakan yang terbaik untuk guru-guru saya..

------------SELAMAT HARI GURU---------------------

0 comments:

Post a Comment