Tuesday, May 11, 2010

:: fikir dulu sebelum cakap~ADAMAYA::

malam ini isu di Fb saya adalah berkenaan cerita comel ADAMAYA yang saya kira ringan dan menyenangkan otak setelah penat seharian bekerja.. tidak terlalu dalam konflik dan krisis tetapi sungguh lucu..

dan saya amat tidak berpuas hati dengan watak dani.. seorang yang digambarkan terlalu ego dan mementingkan diri sendiri.. sebenarnya tidak ada lagi rasa cinta terhadap si Maya tetapi hanya lah rasa tercabar kerana tidak memiliki si Maya.

dan bagaimana pula dengan karekter lelaki yang sudah mempunyai pasangan tetapi masih suka memaniskan mulut memuja perempuan lain. mencuba untuk mendekati perempuan lain sedangkan diri sudah secara rasminya mengikat komitmen dengan pasangannya? Ini juga saya kira sebagai terlalu ego dan mementingkan diri.

saya sebagai perempuan sesungguhnya mengakui bahawa diri ini terlalu lemah dengan pujian dan juga perhatian yang ditunjukkan oleh si lelaki. terkadang gurauan mampu menyebabkan saya gila bayang.. tetapi tidaklah meninggalkan kesan pada diri kerana kawan-kawan dan faktor sekeliling pantas menolong memadamkan cetusan rasa yang timbul.

teringat kata-kata si ADAM. fikir dulu sebelum cakap.. dan saya akui pedihnya lidah berkata-kata ini lebih pedas dari sambal belacan yang mak saya buat. makcik saya selalu berpesan.. dalam hidup ini yang paling kita kena jaga adalah lidah kita. jangan sampai mengguriskan perasaan orang lain.. dan saya akui itu.. berfikir sebelum bercakap.. jangan sampai nanti kerana lidah pipiku merah!

tapi bagaimana pula jika kita ditanya untuk memberi 'komen' terhadap sesuatu isu.. dan kemudian nya isu itu dipanjangkan pula dengan diminta penjelasan yang lebih mendalam.tetapi setelah semua 'komen' yang tulus dari hati keluar rupanya itu menyinggung perasaan orang lain.. adakah dalam memberi 'komen' itu juga kita harus menapis begitu banyak sekali seperti 'minyak seri murni'.. kalau tidak mahu mendapat pandangan dari orang lain yang agak pedas.. tidak perlulah bertanyakan pendapat orang lain dan kemudiannya memanjangkan isu tersebut.. mungkin lain cara hidup,lain budaya,lain ajaran agama akan menimbulkan persepsi yang berbeza.. oleh itu,sebagai rakyat Malaysia yang dikatakan 1Malaysia haruslah belajar memahami dan menghormati pendapt orang lain daripada corak hidup yang berbeza.. dunia ini bukan untuk kita aje~ tuhan ciptakan untuk kita kongsikan bersama-sama.

"kadang-kadang aku terbang, kadang-kadang aku terhenti..kadang-kadang aku mendongak, kadang-kadang aku tertunduk..kadang-kadang aku melayari indah, kadang-kadang aku tercalar kesakitan..."~kata seorang teman...........

0 comments:

Post a Comment