Tuesday, July 20, 2010

:: F.O.K.U.S ::

SERINGKALI KITA dinasihatkan untuk fokus atau memberi tumpuan dalam setiap yang kita lakukan.. atau lebih tepat lagi.. letakkan target dalam sesuatu yang kita lakukan supaya apa yang kita usahakan itu tidak kecundang... tetapi sejauh manakan perkataan fokus dan target itu berperanan dalam kehidupan kita???

dan sekarang ayah selalu ingatkan saya.. tolong fokus dengan target dan cita-cita hidup saya.. mungkin kerana saya sekarang sudah semakin rapuh menempuhi kehidupan.. atau kerana saya memang sudah hanyut jahuh dari jalan hidup yang sepatutnya...

namun saya cuma mampu katakan.. apa yang saya lakukan ini ada sebabnya... dan biarlah semua itu saya simpan sebagai pengajaran kehidupan... kita semua pernha jatuh.. pernah tersungkur... tetapi apa yang penting usaha kita untuk terus bangun dan melangkah.. dan bagaimana usaha kita untuk bangun dan melangkah.. saya selesa dengan cara saya... dan saya mahu teruskan dengan cara saya.. biarlah kali ini.. saya lakukan semua itu dengan cara saya...

dan saya tahu ayah berhak marah untuk itu.. kerana benar kata ayah... saya adalah anak yang paling beliau ambil berat kan.. saya adalah anak yang paling beliau banggakan... saya adalah diri ayah.. dan ayah adalah diri saya.. dan saya sayang ayah~ saya ingin menjadi sebaik ayah.....

kalau dahulu saya sering dinasihatkan.. tolong fokus dengan pelajaran.. jangan campur adukkan subjek sehinggakan kita sendiri tidak tahu hubung kaitnya.. dan saya lakukan itu juga... minor in marketing and advertising + economy... kih3... hentam sajalah labu... sepatutnya saya habiskan modul marketing and advertising barulah berangan nak grab subjek lain...

dan berbalik kepada isu fokus... saya tahu sekarang adalah masanya untuk saya bangun dan bergerak ke hadapan... bukan lagi menunggu seperti sebelum ini... apabila sudah tidak diambil peduli..lebih baik saya tidak perlu lagi mencari2... jadi abaikan saja semuanya.. kerana itu juga bukan target saya dalam kehidupan.. mungkin itu sekadar persinggahan.. sekadar untuk memberi saya satu pengajaran... "i need to be someone to make every people proud of me" dan saya sedang berusaha untuk itu... mungkin usaha saya tidak sekencang ribut taufan.. mampu mengubah segalanya sekelip mata.. tetapi sekurang2nya saya tidak berhenti untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada...

~life is about choice not chance:: setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah pilihan kita... takdir kita adalah pilihan kita.. takdir manusia adalah di hujung usaha manusia.. jika kita berusaha sebaiknya.. insyaAllah... Dia tidak akan menngecewakan kita.. cuma kita perlu tabah dan sabar dalam himpitan yang dia berikan... sekian.........

0 comments:

Post a Comment