Thursday, July 22, 2010

:: layang-layang ::

hidup ini umpama layang-layang..kita perlu berani untuk terbang jauh dan perlu berani untuk membelah tiupan angin yang kadang-kadang terlalu menggila... kadang-kadang angin seperti tiada dan kita perlu terbang lebih rendah.. seringkali saya diingatkan dalam melakukan sesuau jangan mengambil tindakan yang melulu dan drastik.. fikir-fikirkan segalanya dan ambil keputusan dan bertindak setepatnya...

layang-layang apabila terbang tinggi kita tidak boleh dengan sewenang-wenangnya merentap turun ke bumi.. di khuatiri akan menyembah bumi.. rosak kulitnya.. patah tulang nya.. mana mungkin selepas itu akan dapat diterbangkan semula...

saya suka ibaratkan kulit layang-layang sebagai usaha kita... dan tulang/lidi layang-layang itu sebagai semangat kita.. jangan biarkan ianya rosak.. suKar untuk kita pulihkan semula.. sukar untuk kita usahakan semula.. bermula daripada kosong semula itu sukar ye kawan-kawan.. perlukan kekuatan dan kesabaran yang berkali ganda.. kadangkala cobaan yang mendatang itu lebih kuat daripada cubaan sebelumnya yang menghancurkan..

tetapi dalam hidup pastikan tali layang-layang juga tidak terputus.. pendirian dan niat untuk maju tidak boleh luntur... abaikan sahaja apa yang cuba menggoyah.. jangan biarkan layang-layang terus terbang di udara tanpa batasannya.. tanpa seseorang yang mengawalnya dari bawah.. kuatkan iman di dada dengan niat yang tulus keranaNya.. InsyaAllah itu akan lebih dimudahkan oleh Allah SWT..

p/s: perhubungan juga diibaratkan seperti layang-layang... jagalah ia sebelum ia tiba-tiba jatuh tersungkur di bumi.. sebelum ia benar-benar hancur.. jangan biarkan ia pergi terlalu tinggi.. jangan keterlaluan ketika mengawalnya.. kelak ia akan menjunam jatuh.. selagi ia mampu terbang biarkan ia terbang.. tapi andainya ia telah terbang jauh... tarik lah semula tali itu ke bawah... hidup perlu ada tolak ansur.. (,")Vpeace!

0 comments:

Post a Comment