itulah kilauan cahaya
datangnya tidak kuduga
hadiah daripada pencipta
saat hati bagai diracuni
saat jiwa berkalut benci
saat malam bagai tidak berganti
saat aku rebah tidak mampu berdiri
saat lautan dugaan bagai tidak bertepi
dia hadir sejuta makna
bagai angin halus mengelus rasa
tatapan matanya membekukan suasana
hilaian tawa peuh berwarna
dan aku senyum mata berkaca
inilah anugerah,inilah dugaan
tapi sungguh aku tidak pernah gentar
mengejar cintanya seindah pelangi
sekalipun jatuh luka tergores dihati
kerana dia sendi untuk aku berlari
kerana dia anugerah ilahi
Thursday, March 3, 2011
:: kerana dia anugerah ilahi ::
Posted by tuantanah at 3/03/2011 12:35:00 AM
TOP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)