okeh hari ni tiba2 nak jadi mak nenek sikit.. ehehehehe.. puncanya sy dilanda senggugut yang teruk.tahap golek2 atas katil lah.. makanya sy search lah u-tube kan. dapat satu petua.. guna madu, bacakan fatihah dan salawat. kemudian baca surah an Nahl ayat 69 pada madu.. minum madu tersebut.. satu sudu pun jadik lah.. innyaAllah berkesan.. kerana senggugut itu adalah kesan garu2 setan di dinding rahim manusia.
Saturday, October 13, 2012
sy memang kampung!
Posted by tuantanah at 10/13/2012 11:00:00 PMSaturday, October 6, 2012
jodoh itu miracle.. subhanallah
Posted by tuantanah at 10/06/2012 05:10:00 PMterkejut dengan perkhlabaran seorang kawn baik bahawa beliau mahu menamatkan zaman bujang tidak lama lagi! wah... sangat terharu dengan love story beliau.. kerana beliau dalam keadaan patah hati.. rajin bangun bersolat malam. mohon allah berikan beliau pasangan yang soleh sebagai pembimbing.. dan akhirnmya beliau telah menyahut seruan dari Allah untuk memudahkan urusan mendirikan masjid. perkenalan selama 2bulan sahaja tidak memberi masalah kepadanya.. apabila ditanya bagaimana beliau sekuat itu membuat keputusan.. katanya... entahhhhhhhhhhhh.. tiba2 rasa nak kawen.tiba2 ada orang ajak kawen. wowoowwwwwwww.. syabas!! sy doakan awak bahagia.. saya doakan jodoh ini sampai ke akhir hayat.
Tuesday, August 28, 2012
hargai yang masih ada
Posted by tuantanah at 8/28/2012 09:32:00 PMsy berada di kampung halaman hampir 3bulan untuk menjaga atuk sy yang sedang sakit tenat.. ape yang mampu sy katakan.. awrghhh !! penat!! mencabar jiwa dan fizikal sy.. ape yg pasti dalam menjaga orang yang sakit mental perlu kuat.. silap percaturan kaluuuuuuuuuuuu boleh di cop durhaka.. di sini sy berikan sedikit tips kepada mereka yang mahu majaga orang sakit.. kepada nurses dikecualikan kerana itu memang sudah tugas anda.. kikikikiki
1. kenal pasti jadual mereka..
pastikan anda tahu jadual pesakit.. tahu timing makan ubat, jadual makan.. mandi n so on.. apa yaang pasti jangan biarkan pesakit anda lapar.. rasa lapar akan menyebabkan pesakit stressssssssss/naik angin.. kikikikiki. perhatikan juga apa yang anda berikan kepada pesakit.. andai perlu berpantang maka berpantang lah..
2. berlembut dengan pesakit
kadangkala pesakit terlalu emosi mungkin bersakan mereka adalah membebankan. maka kita jhendaklah berlembut dengan mereka.. selembut yang mungkin. bersabar! biar ditengking tapi pastikan anda tidak terlalu 'bodoh' kadangkala mereka hanya mahu menguji kita.. andainya seuautu itu salah.. jangan diturutkan.katakan dengan lemut,pujuk mereka.. katakan itu salah...
3. banyak2 berdoa
doakan agar pesakit anda itu diberi kemudahan dalam andaa menguruskan mereka. berikan mereka lebih perhatian. doakan yang terbaik untuk mereka. yang terbaikkkkkk.. kerana sesungguh nya Allah itu maha kaya.doakan Allah memberi keampunan dan kesembuhan kepada mereka.
4. banyakkan membaca alquran
jika anda tidak begitu pandai dalam membaca alquran.. pasangkan MP3 alquran di rumah pesakit..jangan terlalu kuat.. pasangkan dengan perlahan.. semoga dengan ayat2 suci alquran yang bergema.. anda dan pesakit dilindungi oleh Allah daripada sebarang anasir2 luar seperti gangguan makhluk halus dan sebagainya.. bnadan yang lemah akan lebih mudah diserang oleh syaitan dan yang sewaktu dengan nya.
5.luangkan lebih masa
luangkan lebih masa bersama pesakit.kdangkala pesakit perlukan lebih hiburan dan tempat untuk meluahkan rasa. buatkan mereka ceria.. betulkan mood mereka yang dingin itu. buatlah sesuatu yang menyenangkan mereka.
6. berikan lebih perhatian
sentiasa bertanya kepada pesakit andainya dia mahu makan sesuatu.. terutama makanan kesukaan mereka. cuba dapatkan untuk mereka.
7. ucapkan lah cinta dan kasih sayang
sentiasa katakan kepada pesakit bahawa anda sayangkan mereka walau apa pun keadaaan mereka. jangan sehingga anda merungut mengatakan mereka itu satu beban. jangan sesekali merungut dengan apa yang telah atau patut anda lakukan.. sesungguhnnya melakukan sesuatu dengan rungutan adalah amat memenattkan/meletihkan!! lakukan dengan ikhlas
8.sentaisa bertanya
sentiasa bertanya keselesaan pesakit.. samada mahu dipasngkan kipas angin atau sebagainya. tanyakan kepada pesakit bagaimana mereka mahu anda uruskan mereka. urus mereka mengikut kehendak dan keselesaan mereka. senangkan hati mereka
Sunday, May 27, 2012
rawatann kelemumur+rambut gugur
Posted by tuantanah at 5/27/2012 06:10:00 PMtiba2 gatal nak menulis review untuk satu produk.. sy sangat teruja dengan keadaan rambut+kepala sy ini!
dahulu sy ini dikategorikan sebagai manusia yang mempunyai masalah rambut yang sangat kronik. kelemumur yg sangat teruk. berkeruping2 sebesar ibu jari yg harus sy kopek setiap hari. kelemumur ini jenis basah dan kadangkala mengeluarkan bau yang sangat tidak memuaskan hati andainya sy terlewat mencuci rambut. sehinggalah satu hari sy melihat rumet sy mencuba sejenis syampu-syampu ganozhi- katanya syampu ini sangat baik untuk rambut gugur+kelemumur.. dan rumet sy ketika itu rambutnya sangat jarang+botak sudah di tengah kepalanya+kelemumur kronik sehinga dapat kita lihat dengan mata kasar.. sy ketika itu hanya melihat dia menggunakan produk berkenaan.. pada masa itu pelbagai produk di pasaran telah sy cuba-pantene-head n shoulders-herbal essence-susilk-protein shampoo-rejoice-loreal elseve-kerastase-syampoo bawang-syurah-dove-u name it! ape brand syampoo yg sy tidak pernah mencuba..
satu sem kemudian sy pulang ke kampus.. dan berjumpa dengan ex rumet sy ini.. terkejut sy melihat rambut beliau yang sangat cun! lebat+hitam+berkilat.. tapi sy tidak segera mendapatkan syampu berkenaan.. tetapi sekadar mendapatkan contact no dealer.. degil gile sy ini! sepatutnya sy cepat2 dapatkan syampu berkenaan..
beberapa tahun berlalu sy mula rasakan.. jika sy tidak segera bertindak.. mungkin sy akn end-up botak.. dan sy cepat2 surf dan cari pengedar syampu ganozhi dxn secara on9. setelah 2bulan mencube produk ini.. sangat sy katakan.. produk ini bagus!! sy gunakan syampu ini 2hari sekali+dan disosok dengan minyak ganozi setiap malam sebelum bersyampu ke esokan hari.
pada mulanya sy berasa rambut sy menadi sangat kasar+tebal+kembang.. dan kelemumur yang dahulunya sangat besar+lembap sudah menjadi kering+mengecil (menjadi ala2 debu gitu) wah! hebat nye.. terkagum sebentar dengan syampu ini. tetapi masalah lain pula yang datang.. setelah 2minggu kepala sy menjadi sangat gatal2.. huuuuu.. dan kelemumur menjadi sangat banyak ketika itu.. ya tuhan!! tetapi sy kuatkan semangat.. gunakan sehingga habis satu botol syampu. dan setelah 2bulan penggunaan... rambut sy menjadi lembut+kelemumur sudah hilang+anak2 rambut mula tumbuh+dan sy mulai suka dengan haruman herba yampu berkenaan.. terasa rambut ini bagaikan sangat wangi..
sy difahamkan syampu ini rupanya membaiki sistem badan kita dari dalam. sesuai untuk yang mempunyai masalah migrain+darah tinggi.. dan pada masa masalah yang timbul satu persatu semasa penggunaan syampu+minyak gosok berkenaan adalah kerana syampu ini bertindak balas dengan badan kita. jangan risau.. teruskan penggunaan.. makin teruk masalah kelemumur anda, maka kamu akan lihat makin ketara tindakbalas berkenaan
p/s: tidak perlu lagi bersusah payah ke yun nam.. kerana daripada pemahaman sy penerangan dr consultant yun nam (ketika itu sy berlagak, duit tengah banyak) pada mulanya penggunaan produk herba, kelemumur akan keluar lebih banyakk dari baisa..tetapi tidak akan menyumbat lubang air di kulit kepala.. kemudian rambut lama+rosak akan mulai gugur dan digantikan dengan rambut baru.. yang penting kena sabar dan gunakan berterusan!



0 comments