Tuesday, April 6, 2010

:: overheating ::

malam ini saya begitu tidak senang dengAN aktiviti beronline kerana laptop saya seringkali terpadam dengan secara tiba-tiba.. oh no~~ jagan katakan laptop ini bakal rosak lagi.. saya sudah kepokaian tahap dewa ini..

ini antara sebab perkara berkenaan terjadi.. (hasil tinjauan dan aktiviti bersiar-siar di internet malam ini)


Secara asasnya terdapat lima punca yang boleh anda kenalpasti bagi menyelesaikan masalah ini.

1) Masalah kepanasan terlampau.
Kepanasan terlampau boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada komponen komputer. Masalah ini biasanya terjadi kepada prosesor, power supply dan casing. Jadi, bagi mengelakkan masalah ini terjadi, pembuat motherboard telah meletakkan sensor pengesan haba bagi mengesan terjadinya kepanasan melampau pada prosesor, power supply dan di dalam casing. Sistem komputer akan terpadam dengan sendirinya jika suhu sudah mencapai nilai maksimumnya.

Berikut adalah langkah demi langkah untuk mengenalpasti samaada komputer anda terpadam berpunca dari kepanasan melampau ini @ tidak :

-: Periksa kipas pada bahagian belakang power supply, pastikan ianya berfungsi dengan baik dan tidak mengeluarkan bunyi bising yang menandakan berlakunya sekatan pada pusingan kipas tersebut.

-: Periksa kipas yang terdapat pada heat sink prosesor dan pada casing komputer. Pastikan ianya berfungsi dengan baik dan tiada sekatan.

-: Periksa sambungan slot heatsink dengan prosesor samaada longgar atau tidak. Kadang-kadang proses penukaran @ upgrade komputer boleh menyebabkan masalah ini berlaku.

-: Periksa suhu sistem dan prosesor melalui BIOS. Sesetengah nilai maksimum suhu sistem dan prosesor pada BIOS boleh ditetapkan.

2) Masalah atau kesilapan pemprosesan hardware.

Hardware yang bermasalah @ tidak serasi boleh menyebabkan masalah ini. Pastikan tidak berlaku konflik antara hardware dengan memeriksanya pada device manager pada control panel > system.

3) Jangkitan virus.

Pastikan komputer anda sentiasa dilengkapi dengan anti virus terbaru dan up date. Sentiasa peka dengan serangan virus terbaru lebih-lebih lagi jika komputer anda bersambung dengan internet dan berkongsi fail dalam rangkaian @ thumb drive.

4) Masalah dengan Sistem Operasi.

Windows yang bermasalah boleh menyebabkan berlakunya perkara ini. Cuba install windows baru jika anda mengesyaki masalah ini berpunca dari windows. Biasanya akan keluar skrin ralat sebelum komputer itu shutdown jika masalah ini berpunca dari windows.

5) Kegagalan komponen.

Setelah anda install windows baru, komputer tetap shutdown secara tiba-tiba, masalah ini mungkin berpunca dari kegagalan pada RAM, Processor, motherboard ataupun power supply.

*** saya simpulkann aktiviti beronline yang tidak kenal masa itu telah menyebabkan laptop saya overheating.. ataupun kerana komponen tidak dipasang dengan betol..kerana baru-baru ini saya ada menukar hardisc dan bunyi kipas begitu jelas dari laptop saya ini...esok saya bakal membeli kipas untuk laptop saya ini.. tungguu~

2 comments:

comel said...

banyak sungguh alasan u yang... comel...

tuantanah said...

@comel..alasan itu seni mereka tau dak! jgn u...
:a:

Post a Comment